web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Minyak Masak Mencukupi Jika Kerajaan Lulus Kuota Tambahan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 5:44PM

Kerajaan digesa meluluskan kuota tambahan minyak masak paket bersubsidi bagi tujuan operasi dan memastikan bekalannya mencukupi di pasaran - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa meluluskan kuota tambahan minyak masak paket bersubsidi bagi tujuan operasi dan memastikan bekalannya mencukupi di pasaran. 

Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu perlu diambil kerana terdapat syarikat pembungkus tidak dapat menggunakan kuota yang diagihkan sepenuhnya. 

Jelasnya, ramai yang menjadi mangsa disebabkan keadaan tertentu seperti syarikat tidak beroperasi, penutupan kilang, kerosakan mesin atau digantung kuota kerana disyaki melakukan kesalahan.

“Kuota yang tidak digunakan akan dirasionalisasi untuk diagihkan kepada pengusaha lain bagi menampung kekurangan tersebut. 

"Kuota tambahan ini bagaimanapun tidak menyebabkan perbelanjaan melebihi had yang ditetapkan,” katanya, hari ini. 

KPDN berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan berhubung dakwaan pegawai KPDN berbelanja lebih RM9 juta bagi tambahan kuota subsidi minyak masak tahun lalu. 

Ia juga bagi menjawab dakwaan terdapat pemotongan atau rasionalisasi dan kelulusan kuota yang diberikan kepada dua syarikat dengan alamat pendaftaran sama.

Sehubungan itu, jurucakap KPDN tersebut mengesahkan, laporan tersebut adalah tidak benar dan merupakan berita palsu. 

"Ini kerana perbelanjaan subsidi minyak masak adalah antara 88 peratus hingga 99 peratus daripada jumlah peruntukan kuota sebanyak 60,000 tan metrik sebulan.

“Kekurangan ini dibuktikan dengan peningkatan aduan daripada pengguna bahawa wujud kekurangan bekalan minyak masak paket di pasaran,” katanya. 

Menjawab isu KPDN melaksanakan rasionalisasi kuota, jurucakap itu memaklumkan ia merupakan proses biasa yang pernah dilaksanakan pada 2018 dan 2021. 

Menerusi kenyataan sama, katanya, perkara itu akan mengambil kira isu semasa seperti berlaku ketidakcukupan bekalan di pasaran dan memastikan pengedaran yang efisien.

"Bagi isu yang berkaitan kelulusan kuota diberikan kepada dua syarikat dengan alamat berdaftar yang sama, semakan telah dibuat dengan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

"Kita dapati kesemua yang terlibat adalah dua syarikat yang berbeza dengan pemilik berlainan," katanya. - Getaran, 15 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran