web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Mahu Kastam Kemuka Laporan Lengkap Penyeludupan Dadah Ke Australia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 9:15PM

Dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen, masing-masing seberat 500kg dan semakan mendapati penghantaran itu diisytiharkan sebagai aksesori panel solar yang tiba 13 Mac lalu di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia. - Gambar dari Australian Federal Police (AFP)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diarah menyediakan laporan lengkap dan terperinci berhubung rampasan 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, pada 13 Mac lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mahu laporan itu dibentangkan kepadanya dalam tempoh dua minggu, bertujuan mengetahui bagaimana dan punca kejadian itu berlaku, yang disifatkannya sebagai mengaibkan negara.

"Tentang bagaimana penyeludupan besar dadah ke Australia yang mengaibkan kalau dibuktikan sah penyeludupan besar-besar itu dari Pelabuhan Klang, Selangor. Soalnya bagaimana boleh dalam sistem yang canggih sekarang ini boleh bolos begitu besar jumlahnya. 

Jadi saya dah minta pihak kastam yang bertanggungjawab untuk memberikan laporan penuh tentang punca apa yang berlaku, bagaimana dah 12, 16 kali hal demikian berlaku sehingga ditangkap di Australia dan menunjukan kelemahan sistem kita yang mesti diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI di sini hari ini.

Anwar mahu aporan itu dibentangkan kepadanya dalam tempoh dua minggu, bertujuan mengetahui bagaimana dan punca kejadian itu berlaku, yang disifatkannya sebagai mengaibkan negara.
Anwar mahu aporan itu dibentangkan kepadanya dalam tempoh dua minggu, bertujuan mengetahui bagaimana dan punca kejadian itu berlaku, yang disifatkannya sebagai mengaibkan negara.

Anwar berkata beliau turut mengarahkan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk membantu siasatan dan mahu laporan penuh dan lengkap dibentangkan bagi memastikan penyeludupan seumpama itu dihalang daripada berulang.

Menurut beliau, perkara itu bukan soal kecil atau berkaitan jumlah dadah yang diseludup bernilai ratusan juta semata-mata, tetapi yang ditekankan adalah kelemahan dalam sistem keselamatan negara. 

"Dalam soal kita berbicara soal tata kelola pengurusan kerajaan yang baik, menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa, hal-hal begini masih berlaku. Oleh demikian kita tidak harus tolak ansur, kita harus lebih keras tindakan kita terhadap penjenayah," katanya.

Rampasan 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, pada 13 Mac lepas. - Gambar AFP
Rampasan 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, pada 13 Mac lepas. - Gambar AFP

Pada 10 April lepas, media melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kg heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lepas.

Dadah itu dilaporkan disorok dalam dua blok konkrit simen, masing-masing seberat 500kg dan semakan mendapati penghantaran itu diisytiharkan sebagai aksesori panel solar yang tiba 13 Mac lalu di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia.

Sementara itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan penguatkuasaan di bawah KDN bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia yang melaksanakan peranan penting dalam menjamin keselamatan negara.

"Benar kita catat pertumbuhan, benar kita dapat adakan pilihan raya yang bebas, benar kita boleh hidup dengan selesa, tetapi jangan kita lupa bahawa ini berkat keamanan yang kita capai dan tonggaknya pasukan polis dan pasukan keselamatan," katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar