web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar: Kerajaan Pulau Pinang Perlu Diberi Peluang Untuk Mentadbir Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 6:36PM

Anwar Ibrahim (tengah) bergambar kenangan bersama penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat negeri di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon pengundi khususnya di Pulau Pinang untuk memberi lagi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus mentadbir.

Anwar berkata walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti tidak akan memberi kesan kepada Kerajaan Persekutuan, pentadbiran negeri sekarang harus diberikan tempoh untuk memimpin Pulau Pinang.

“Bagi tempoh untuk kita membuktikan dengan pentadbiran tata kelola yang baik dan hentikan amalan sakau menyakau demi kemajuan negeri,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat negeri di sini hari ini.

Katanya, dengan hasil pentadbiran yang lebih baik, ini akan memberi keadilan kepada orang yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk memperbaiki ekonomi.

“Dalam hal ini, orang yang banyak berkorban adalah penjawat awam…jadi saya akan membuat beberapa pengumuman baik pada hari Selasa nanti,” katanya.

Pulau Pinang antara enam negeri termasuk Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang akan mengadakan PRN pada tahun ini.

Sebelum ini, dilaporkan enam negeri itu mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus membantu untuk memajukan negeri ini sebagai pusat penyelidikan industri digital.

Beliau berkata sebelum ini, Pulau Pinang agak ketinggalan dalam beberapa projek, jadi selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, perhatian telah diberikan kepada projek-projek besar itu.

“Kita mesti pertahankan dan kita akan guna segala kemudahan yang ada untuk teruskan projek-projek. Ini pendirian Kementerian Kewangan sekarang…semua projek yang pernah ditinggalkan, bukan sahaja saya sambung tetapi bangunkan semula supaya Pulau Pinang kekal di hadapan,” katanya.

Semasa pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Februari lepas, Anwar telah meluluskan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang akan diterajui oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad