web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trak Mack Keluarga Diraja Johor Terbabit Nahas, Tayar Pecah Tiba-Tiba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 2:33PM

Keadaan trak ‘Mack’ dipercayai milik keluarga Diraja Johor terbabit dalam nahas di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), petang semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI -  Sebuah trak ‘Mack’ bernilai jutaan ringgit dipercayai milik keluarga Diraja Johor terbabit dalam nahas, selepas satu daripada tayar kenderaan tersebut pecah secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, nahas pada jam 6.50 petang itu berlaku di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), petang semalam.

Menurut beliau, seorang anggota trafik di kaunter aduan menerima maklumat mengenai kemalangan itu.

“ Siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku apabila tayar trak berkenaan yang sedang dalam perjalanan dari arah Utara pecah secara tiba-tiba.

“Pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya seperti dipetik Harian Metro sebagai berkata.

Beng Yeow memberitahu, insiden berkenaan disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Trak Mack termahal dunia yang dimiliki Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tampil buat julung kali di negara ini pada 10 Januari 2016.

Ia dikesan seorang penunggang motosikal, yang tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video kenderaan berharga RM1.4 juta itu. - Getaran, 14 April 2023


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad