web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berita Gembira Untuk Pengguna Pelan Prabayar Menjelang Isnin - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 12:10PM

Fahmi Fadzil akan mengumumkan berita gembira kepada pengguna pelan prabayar (prepaid) menjelang Isnin ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengumumkan berita gembira kepada pengguna pelan prabayar (prepaid) menjelang Isnin ini. 

Beliau berkata pihaknya kini sedang berbincang mengenai perkara itu dengan beberapa syarikat telekomunikasi utama di negara ini untuk dipersetujui. 

“Pada waktu ini saya belum bersedia untuk membuat sebarang pengumuman tetapi harapan saya dalam masa yang singkat ada beberapa perkara dapat kita persetujui insya-Allah saya harap ada berita baik terutama bagi pengguna prabayar, kita akan tahu dua tiga hari, menjelang Isnin ini,” katanya kepada media selepas program Kasih@HAWANA 2023 di sini hari ini.

Mengenai dasar pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB), ia akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri minggu hadapan. 

Fahmi berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas terdapat beberapa perkara yang diminta perdana menteri untuk diteliti.

Ditanya berkenaan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan pejabat Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar  berhubung urusan pengambilan pekerja asing, Fahmi berkata orang ramai perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa itu menjalankan tugas sebaiknya. 

“Sekiranya ada apa-apa kes yang dibawa ke mahkamah kita akan ikuti (perkembangan) dan sebelum itu kita tak boleh prasangka kerana kita tak ada maklumat yang tepat dan penuh.

“Dan semua menteri telah diminta untuk memberi peringatan (kepada pegawai) dan saya sendiri dalam pasca-Kabinet  ada beri peringatan kepada semua supaya berhati-hati kerana jangkaan adalah tinggi bahawa kerajaan ini komited untuk membersihkan Malaysia daripada gejala rasuah,” katanya. 

Semalam Sivakumar dalam kenyataan memaklumkan beliau dan kementerian akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan seorang pegawai di pejabat menteri itu bersabit isu membawa masuk pekerja asing.

Mengenai permohonan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Fahmi berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga