web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Tumpu Selesai Permohonan Kewarganegaraan Kategori Anak Angkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 7:20AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi keutamaan terhadap permohonan status kewarganegaraan kategori anak angkat selain individu yang lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata permohonan bagi kategori membabitkan anak angkat adalah tertinggi daripada jumlah keseluruhan status kewarganegaraan yang masih belum selesai melibatkan 133,436 permohonan.

“Misalnya tadi, apabila ditanya kepada penerima surat kelulusan kewarganegaraan, ada dalam kalangan ibu bapa telah menjaga anak angkat mereka sejak umur satu hari, tempoh permohonan ada yang 12 tahun dan sembilan tahun.

“Apabila kita keluarkan surat warganegara ini bermaksud akses kepada pendidikan, kesihatan mereka lebih baik. Bagi kategori yang lahir sebelum merdeka pula, mereka sudah mencecah usia 70 hingga 80 tahun, jumlahnya dalam 3,000 pemohon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini semalam.

Beliau berkata setiap prosedur bagi meluluskan permohonan kewarganegaraan itu berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Jumlah yang masih belum selesai (bagi) kewarganegaraan 133,436 (permohonan) … tiga bulan pertama KDN meluluskan 6,079 permohonan. Tahun ini saya tetapkan sasaran 10,000 permohonan.

“Kelulusan ini datang daripada pelbagai kategori … apa pun kategorinya keutamaan adalah kepada anak angkat yang paling banyak dan mereka yang lahir sebelum kemerdekaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan