web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Dewan Negara Mahu Kerajaan Naikkan Denda Tiada VEP 10 Kali Ganda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 7:00AM

Senator Datuk Ahmad Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang Ahli Dewan Negara meminta kerajaan mempertimbang kenaikan denda kepada RM500 bagi pemilik kenderaan asing yang didapati tidak memohon Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan negara.

Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata cadangan bagi meningkatkan jumlah denda RM50 yang dikenakan buat masa ini sudah dikemukakan kepada kerajaan dan akan dibawa ke peringkat Kabinet.

“Perkara ini perlu melalui proses di Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawahnya... kemungkinan ada jumlah siling juga untuk saman ini,” katanya kepada pemberita di Majlis Iftar Media bersama beliau semalam.

Beliau berkata setakat ini, VEP hanya berkuat kuasa untuk kenderaan dari Singapura yang melalui pintu masuk antarabangsa di Johor dan akan diperluas di sempadan negara membabitkan Thailand, Indonesia serta Brunei.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 di Dewan Negara pada Isnin lepas, Ahmad turut mengusulkan agar kerajaan mengenakan syarat ketat VEP ke atas kenderaan luar yang pernah atau mempunyai rekod saman tinggi di Malaysia.

Katanya ia bagi memastikan pihak terbabit tidak memanipulasi undang-undang sedia ada dan bermaharajarela melakukan kesalahan di negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad