web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Akan Panggil Lebih Ramai Pegawai Kanan Kementerian Sumber Manusia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 9:38PM

SPRM dijangka memanggil pegawai kanan kementerian untuk disoal siasat. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempergiatkan siasatannya berhubung isu pengambilan pekerja asing yang ‘membelenggu’ Kementerian Sumber Manusia (KSM), apabila lebih ramai individu, termasuk pegawai kanan dan ketua agensi kementerian itu, akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Menurut sumber SPRM, selain menahan seorang pembantu Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan seorang kontraktor, suruhanjaya itu akan memanggil pegawai kanan kementerian untuk disoal siasat.

Pembantu dan kontraktor itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Bangkok, Thailand pada jam 1 pagi, semalam.

“Pagi ini, pejabat kementerian diserbu, dengan kakitangannya disoal siasat dan dokumen dirampas,” kata sumber SPRM.

Ujarnya, pihak berkuasa turut menyiasat pentadbiran kementerian itu.

“Sejumlah wang yang besar serta barangan dan pakaian mewah difahamkan diberikan sebagai pertukaran kontrak besar serta untuk kelulusan membawa masuk pekerja asing,” katanya.

Manakala, difahamkan, ketua di sebuah agensi di bawah KSM itu dijangka dipanggil untuk disoal siasat dalam beberapa hari lagi.

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu, mengumumkan langkah baharu untuk menjadikan proses pengambilan pekerja asing lebih telus dan berperikemanusiaan.

Malaysia menunjukkan prestasi negatif dalam indeks hak asasi manusia global berhubung penganiayaan terhadap pekerja asing, di mana urus niaga pekerja asing Bangladesh sahaja bernilai RM7 bilion setahun.

Pekerja ini sering dieksploitasi, bekerja berjam-jam dalam keadaan tidak selamat dan tidak bersih dengan bayaran serendah RM1,500 sebulan, malah 50 peratus daripadanya gaji diperoleh selama dua tahun pertama, digunakan untuk membayar ejen. – The Vibes, 13 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad