web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayaran Bantuan Aidilfitri Pekebun Kecil Getah Mulai Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 7:05PM

Penyaluran BKKA yang diawalkan dari tarikh 17 April yang ditetapkan sebelum ini, adalah bagi membolehkan penerima membuat persediaan awal untuk menyambut Aidilfitri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan dibuat mulai Jumaat ini (14 April), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, penyaluran BKKA yang diawalkan dari tarikh 17 April yang ditetapkan sebelum ini, adalah bagi membolehkan penerima membuat persediaan awal untuk menyambut Aidilfitri.

“BKKA yang diawalkan penyaluran ini bakal memanfaatkan seramai 318,642 orang pekebun kecil getah di seluruh negara di mana masing-masing menerima bantuan berjumlah RM200 seorang,” katanya.

Ahmad Zahid berkata bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM63.75 juta dan penerima adalah dalam kalangan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2022.

Katanya bantuan itu akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima sepertimana yang telah didaftarkan dengan RISDA.

BKKA adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Mac lepas, melibatkan seramai 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek