web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Michelle Yeoh Bawa Pulang Trofi Oscar Untuk Keluarga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 6:57PM

Michelle Yeoh membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar baru-baru ini kepada keluarganya semasa Festival Qing Ming. - Gambar dari Facebook Michelle Yeoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas mencipta sejarah sebagai rakyat Asia pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar baru-baru ini, Tan Sri Michelle Yeoh membawa pulang trofi itu kepada keluarga tercintanya semasa Festival Qing Ming.

Menerusi hantaran Facebook menyentuh perasaan, pelakon berusia 60 tahun itu berkongsi dua foto secara bersebelahan.

Satu daripada foto itu memaparkan ibunya, Janet Yeoh, 84, menggenggam trofi terbabit, manakala gambar kedua mempamerkan ia dipegang seseorang di hadapan batu nisan bapanya, Datuk Yeoh Kian.

Dalam catatan berkenaan, Michelle mendedikasikan kejayaannya dalam industri filem untuk ibu bapa beliau, malah menyifatkan kedua-dua insan penting terbabit adalah pendorong utama pencapaian itu.

“Membawa pulang Encik O (trofi Oscar)….tanpa kasih sayang, kepercayaan dan sokongan ibu bapa saya, saya tidak akan berada di sini hari ini,” tulisnya ringkas di hantaran itu.

Bapa Yeoh yang juga ahli perniagaan terkemuka dan mantan Pengerusi MCA Perak, meninggal dunia pada 2014.

Hantaran itu dibuat Michelle sebulan selepas beliau memenangi Oscar untuk persembahannya dalam Everything Everywhere All at Once.

Beliau menewaskan empat calon lain dalam kategori berkenaan, iaitu Cate Blanchett untuk Tár, Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie), dan Michelle Williams (The Fabelmans).

Diarahkan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert (dikenali sebagai The Daniels), drama komedi itu merungkai mengenai hubungan antara Michelle yang memainkan watak Evelyn Wang, iaitu seorang pendatang Cina Amerika pertengahan umur dengan anak perempuannya Joy, lakonan Stephanie Hsu.

Michelle Yeoh
Michelle Yeoh

Michelle memulakan pembabitan dalam lakonannya di Hong Kong pada 1980-an yang membuka jalan untuk kerjaya beliau terus berkembang di Hollywood.

Kemenangan Oscar menandakan titik tertinggi dalam kerjaya bagi Michelle yang menjadi terkenal di pawagam aksi Hong Kong pada 80-an dan 90-an, sebelum mendapat perhatian Barat dalam filem Bond 1997 Tomorrow Never Dies.

Bagaimanapun, beliau menolak sebarang karya sehingga Crouching Tiger, Hidden Dragon pada 2000 yang dicalonkan untuk Oscar dan memenangi Filem Bahasa Asing Terbaik.

Dalam kerjayanya, Michelle bekerja keras secara konsisten di Hollywood, sehingga menerima pujian dalam lakonannya untuk Crazy Rich Asians pada 2018.

Kemudian, beliau membuat penampilan dalam filem Marvel pada 2021, iaitu Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings. – The Vibes, 12 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek