Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gerhana Matahari Separa 20 April, Fenomena Jarang Berlaku - MOSTI

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 4:57PM

Fenomena gerhana matahari separa itu dapat disaksikan di Semenanjung mulai jam 11 pagi hingga sekitar jam 1 petang. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa, 20 April nanti.

Jurucakap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, gerhana berkenaan adalah sempena Fenomena Gerhana Matahari Hibrid yang berlaku berdekatan benua Australia.

Menurut beliau, gerhana matahari separa itu dapat disaksikan pemerhati di Semenanjung mulai jam 11 pagi hingga sekitar jam 1 petang.

“Pemerhati di Sarawak dan Sabah pula masing-masing sehingga jam 1.30 dan 2 petang,” katanya.

Jelas jurucakap itu, fenomena gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi garisan antara bumi dan matahari, yang menyebabkan manusia melihat cahaya matahari terlindung disebabkan bulan berada di antara keduanya. 

Fenomena ini katanya, terjadi ketika berlakunya bulan baharu dalam fasa bulan tertentu. 

“Gerhana Matahari Hibrid ialah gerhana yang sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan sekali setiap dekad.

“Ketika ini, kedua-dua jarak bulan dan matahari ke bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku tujuh kali pada abad ke-21, iaitu pada 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. 

“Ia dipanggil ‘hibrid’ kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana. 

“Jenis gerhana yang kita dapat lihat adalah bergantung kepada lokasi pemerhati di sepanjang laluan gerhana tersebut (bahagian bayang bulan yang kita berada),” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa 2023 akan diadakan di Planetarium Negara di sini Kuala dan di bandar Tawau, Sabah dengan cermin mata gerhana (eclipse glasses) percuma  diedarkan di kedua-dua lokasi bagi membolehkan pengunjung menyaksikan fenomena itu dengan selamat.

“Beberapa teleskop dengan penuras khas juga akan disediakan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan keadaan itu dengan lebih jelas dan selamat.

“Orang ramai juga berpeluang mengabadikan gambar gerhana sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital lensa tunggal (DSLR) yang digabungkan dengan kemudahan pencerapan yang disediakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, orang ramai diingatkan untuk tidak melihat matahari secara terus tanpa menggunakan penuras khas kerana boleh merosakkan retina mata dan mengakibatkan buta kekal.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak berada terlalu lama di bawah matahari untuk mengelakkan dehidrasi,” katanya.

Penstriman langsung gerhana di Facebook dan aplikasi Youtube Planetarium Negara turut diadakan, melibatkan imej yang diambil daripada lokasi lain di seluruh dunia. - Getaran, 12 April 2023


 

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright