web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Kos Bina Bilik Darjah Cecah RM1.8 Juta Tidak Tepat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 5:00PM

Fadhlina Sidek berkata setiap projek di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dinilai mengikut proses berdasarkan panduan piawaian dan standard di peringkat kerajaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dakwaan kos membina sebuah bilik darjah untuk sekolah mencecah jutaan ringgit adalah tidak tepat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata setiap projek di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dinilai mengikut proses berdasarkan panduan piawaian dan standard di peringkat kerajaan.

“Dakwaan itu tidak tepat kerana isu yang kita ingin tekankan ialah proses kerja. Ia ada proses kerja yang harus dilalui dan skop kerja, perundingan dan piawaian tertentu yang harus dicapai pihak KPM dalam meneruskan projek terbabit,” katanya.

Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dilaporkan meminta kerajaan menyemak semula proses pelantikan kontraktor untuk menyelenggara bangunan di sekolah, serta mendakwa kos untuk membina sebuah bilik darjah dianggarkan bernilai antara RM1.8 juta sehingga RM2.6 juta.

Ditemui pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti KPM di sini hari ini, Fadhlina berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menjawab dakwaan tersebut.

Mengenai saranan pemuda UMNO yang mahu program pendidikan politik dilaksana di sekolah, Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi penekanan perkara berkaitan kefahaman demokrasi dan kenegaraan di sekolah.

“Penekanan diberi dalam topik penting demokrasi perlembagaan antaranya dalam subjek pengajian am dan lain-lain. Kita juga sedang lihat program interaksi untuk tingkat kefahaman demokrasi dalam kalangan pelajar,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pihaknya bercadang mengadakan program untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan politik dalam kalangan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).

Menurutnya, program pengkaderan seperti itu penting menjelang mereka mencecah usia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad