web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LIMA 2023 Pembuka Tirai Pembangunan Industri Pertahanan, Komersil Pasca COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 12:00PM

Anita Jacobson berkata LIMA 2023 merupakan peluang kepada Malaysia untuk menyumbang kepada pasaran sektor aeroangkasa kerana 60 peratus penglibatan pempamer pada acara berkenaan adalah daripada sektor tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 pada bulan depan akan menjadi pembuka tirai bagi pembangunan industri pertahanan dan komersil di rantau Asia terutamanya dalam sektor aeroangkasa pasca pandemik COVID-19. 

Pengarah Urusan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd,  Anita Jacobson berkata LIMA 2023 merupakan peluang kepada Malaysia untuk menyumbang kepada pasaran sektor aeroangkasa kerana 60 peratus penglibatan pempamer pada acara berkenaan adalah daripada sektor tersebut.

Alpine Integrated Solution merupakan penganjur LIMA edisi 2023.

"Akan ada banyak mesyuarat perniagaan kepada perniagaan (B2B) kerana orang ramai tidak dapat bertemu selepas COVID-19. Walaupun sekarang kita rasa pandemik seperti sudah habis tetapi sebenarnya kita baru nak pulih.

"Saya sifatkannya sebagai pasca COVID dan LIMA 2023 akan menjadi curtain raiser (pembuka tirai) kepada Malaysia kerana acara ini bukan hanya untuk perniagaan di negara ini tetapi ia juga merupakan satu platform yang menyasarkan kepada pasaran serantau.

“Kita juga telah menjemput kira-kira 400 VVIP dari seluruh Asia untuk hadir seperti menteri pertahanan, menteri pengangkutan serta ketua-ketua agensi pertahanan dan keselamatan menerusi platform LIMA 2023, untuk mereka berbincang mengenai perniagaan di rantau ini," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.

Selain itu, katanya, penganjur bersama rakan strategiknya akan menyediakan platform mesyuarat B2B kepada pempamer tempatan serta antarabangsa dengan menyasarkan sebanyak 1,000 pertemuan atau mesyuarat akan berlangsung.

"Pempamer dengan pempamer dianggap sebagai rakan perniagaan yang berpotensi apabila pempamer tempatan dan antarabangsa bertemu dan berbincang mengenai perkonsgian, justeru ia adalah kumpulan yang rakan kongsi kami akan cuba temukan semasa LIMA 2023.

"Keduanya adalah pelawat perdagangan yang datang untuk bertemu pempamer tempatan dan antarabangsa untuk berbincang soal perniagaan tetapi kita tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Kita akan membuat susulan selepas pertemuan tersebut untuk buat tinjauan, analisis dan laporan tentang kadar kejayaan" katanya.

LIMA 2023 yang akan berlangsung daripada 23 hingga 27 Mei depan adalah bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia’.

Kali terakhir pameran dwitahunan itu dianjurkan adalah pada tahun 2019 dan ia ditangguhkan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.

LIMA 2023 melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (Industri Pertahanan Maritim dan Aerongkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersil Maritim dan Aeroangkasa). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

388 Atlet Bersaing Pada Kejohanan Karate Asia Ke-19

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Boling: Beregu Wanita Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Bangkok

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Ringgit Mata Wang Paling Lemah Di Asia Tahun Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

LIMA'23 Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Perdagangan Aeroangkasa, Maritim Serantau

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan