web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masyarakat Diminta Waspada Penipuan Menjelang Aidilfitri, ‘Ada Berani Menyamar Menteri’ - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 10:14AM

Golongan itu kini semakin melampau dan berani dalam bertindak, termasuk ‘menyamar’ sebagai Menteri Kabinet. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan penipuan pada musim perayaan, terutama menjelang Aidilfitri yang akan diraikan kurang dua minggu lagi.

Katanya, golongan itu kini semakin melampau dan berani dalam bertindak, termasuk ‘menyamar’ sebagai Menteri Kabinet, dedah beliau menerusi anekdot yang dikongsikannya kepada penggiat media pada Majlis Iftar malam tadi.

Fahmi berkata, beliau menerima mesej WhatsApp daripada seseorang pagi semalam yang mendakwa dirinya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Jelasnya, walaupun gambar profil WhatsApp pihak yang menghubunginya itu sememangnya tertera foto Nancy, mesej itu mengatakan ‘Assalamalaikum’ dengan kesilapan menaip yang jelas.

Perkara itu, katanya, mencetuskan keraguan dalam dirinya, sebelum beliau terus menghubungi Nancy yang menjelaskan nombor itu bukan miliknya.

Justeru, Fahmi mengingatkan masyarakat untuk mengesahkan terdahulu apa-apa mesej atau panggilan diterima bagi memastikan penghantarnya adalah individu sebenar seperti didakwa mereka.

“Jika mendapat panggilan daripada pihak tidak dikenali, ‘menyamar’ sebagai kawan atau kenalan, semak dahulu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus menghubungi talian kecemasan, National Scam Response Center (NSRC) menerusi nombor 997 bagi membolehkan mereka melaporkan kejadian itu.

Jika mangsa menghubungi dalam beberapa jam awal selepas ditipu, NSRC akan membantu pihak berkuasa mengesan wang itu dan menghalangnya daripada dipindahkan.

Sementara itu, Fahmi turut mengumumkan kerajaan kini pada peringkat awal penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia melalui penggabungan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan dan Cybersecurity Malaysia.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, suruhanjaya yang dicadangkan terbabit memerlukan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU).

“Ia kerana kita perlu membawa RUU itu ke Parlimen, tetapi penggabungan ini adalah satu daripada usaha perlu kita jaga bagi memastikan data rakyat selamat, supaya tidak dicuri atau disalahgunakan untuk aktiviti penipuan,” katanya..

Selain itu, beliau berkata, kerajaan sedang berusaha meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, bagi memastikan syarikat yang memiliki data bertanggungjawab terhadap sebarang kebocoran maklumat. – The Vibes, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Disyaki Terlibat Samun Bersenjata Dan Menyamar Polis, 4 Lelaki Diberkas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi