web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muat Naik Kandungan Lucah Kesalahan Di Bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 7:00AM

Semua pihak perlu lebih berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi kandungan yang tidak wajar bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Tindakan memuat naik dan menyebarkan kandungan berunsur lucah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

 Sehubungan itu, beliau menasihati agar semua pihak lebih berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi kandungan yang tidak wajar bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

"Kalau kita merujuk Akta Multimedia dan Komunikasi Seksyen 233, memang ada menyatakan bahawa penggunaan tidak wajar, kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian memang satu kesalahan contohnya kandungan lucah, kandungan menyakitkan, mengugut menganggu orang lain dan sebagainya.

"Kalau seseorang memuat naik kandungan (sedemikian) (menerusi) media sosial, ia memang merupakan salah satu penggunaan tidak wajar dan boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) dan Majlis Berbuka Puasa di Balai Raya Felda Bukit Batu, di sini, semalam.  

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan individu yang  memuat naik dan menyebarkan video pasangan muda yang melakukan perbuatan jelik di dalam kereta, sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.

Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai itu berkata pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memberi kerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti individu yang memuat naik kandungan tidak wajar tersebut.

Katanya, jika didapati bersalah, pihak berkenaan boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Khamis lepas, seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang gadis berusia 17 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kenderaan di Taman Kota Masai, setelah video mereka tular.

Mereka yang dipercayai pasangan kekasih itu kemudiannya direman selama dua hari, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara polis meneruskan siasatan kes untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam