web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbincangan Hala Tuju Pelaksanaan 5G Bersama PM Anwar Selasa Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 7:09AM

Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu untuk melihat beberapa perincian bagi memastikan pelaksanaannya adalah telus dengan seramai mungkin penduduk mendapat manfaat dan perkhidmatan 5G diberi pada harga berpatutan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan mengenai hala tuju pelaksanaan 5G negara bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa ini.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu untuk melihat beberapa perincian bagi memastikan pelaksanaannya adalah telus dengan seramai mungkin penduduk mendapat manfaat dan perkhidmatan 5G diberi pada harga berpatutan.

“Saya jangkakan ia mungkin tidak terlalu lama dari sekarang, saya percaya Kabinet akan memutuskan (hala tuju pelaksanaan 5G).

“Proses (perbincangan) itu untuk menjamin keterangkuman, maka perlu beri sedikit masa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Nur Ramadan di Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi di sini hari ini.

Berdasarkan siri perbincangan yang diadakan setakat ini, beliau percaya penelitian dari segi rangkaian kejuruteraan dan matlamat yang ingin dicapai mampu membuahkan beberapa opsyen yang akan Kabinet putuskan.

Sementara itu, Fahmi mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat berhubung tarikh Aidilfitri tahun ini daripada sumber rasmi dan tidak terikut-ikut dengan berita yang disebarkan di media sosial.

“Saya mengingatkan hanya satu tarikh yang akan kita ikut iaitu (tarikh) yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Saya mohon semua merujuk hanya daripada sumber yang rasmi sahaja.

“Saya percaya rakyat Malaysia akan rujuk pengumuman rasmi itu nanti dan tidak terikut-ikut apa yang mungkin disebarkan sama ada melalui WhatsApp, TikTok atau media sosial lain kerana ini mungkin akan menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika berucap pada majlis itu berkata pihaknya bersama TIME dotCom Bhd (TIME) akan melancarkan pelan Internet pada harga rendah di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara minggu depan.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak yang lain untuk selesaikan masalah ini, tapi saya bukan hanya tumpu kepada kawasan Lembah Pantai sebaliknya seluruh negara menjadi keutamaan saya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad