web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelantikan Ahli MAINPP, Hakim Starie Adalah Amanah Menguruskan Pentadbiran Agama Islam – Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 2:24PM

Al-Sultan Abdullah (dua, kiri) berkenan menyampaikan watikah hakim syarie kepada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang Muhamad Abdul Karim Wahab (kanan) pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Dan Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Hakim Syarie perlu menggalas tugas serta peranan mereka dengan penuh tanggungjawab, dan pelantikan mereka ke jawatan itu merupakan satu amanah untuk menguruskan pentadbiran Agama Islam di negeri itu.

Dalam titah Baginda, Al-Sultan Abdullah berharap pelantikan itu dapat sedikit sebanyak memberi semangat kepada yang berkenaan, untuk meneruskan dan menegakkan Syariat Islam dengan sempurna.

“Beta bangga dapat menganugerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli MAINPP dan Hakim-hakim Syarie. Di sini beta ingin ingatkan bahawa lantikan ini adalah besar maknanya dengan penuh tanggungjawab dan amanah dari Allah untuk kita uruskan pentadbiran agama Islam.

“Beta kagum dengan pentadbiran urusan agama Islam di Pulau Pinang yang diuruskan dengan baik di bawah naungan Majlis Agama Islam Pulau Pinang di bawah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,” titah baginda.

Seri Paduka Baginda hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ahli MAINPP dan 17 Hakim Syarie di sebuah hotel di sini bersempena lawatan selama tiga hari ke negeri ini.

Turut hadir menyaksikan majlis pengurniaan itu adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor disusuli ucapan sembah menjunjung kasih oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Mengetuai penerima ahli MAINPP adalah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua MAINPP, diikuti Timbalan Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Roslan Ahmad dan Ketua Setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar.

Antara penerima watikah pelantikan Hakim Syarie termasuk Datuk Muhamad Abdul Karim Wahab, Datuk Mohd Amran Mat Zain dan Datuk Mohd Syukor Sahabudin.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka berkenan menerima cendera kenangan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 5 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad