web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tambah RM35 Juta Peruntukan Bagi Program Perkasa Komuniti PPR - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 1:05PM

Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu dijangka memberi manfaat kepada 50,000 penduduk PPR menerusi program Kita Untuk Kita (K2K) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM35 juta untuk program memperkasakan komuniti projek perumahan rakyat (PPR) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu dijangka memberi manfaat kepada 50,000 penduduk PPR menerusi program Kita Untuk Kita (K2K), khususnya melibatkan kira-kira 12 perumahan yang dikenal pasti bermasalah dan tenat.

"RM35 juta itu kita sudah luluskan dan boleh dilaksanakan dalam kadar segera sebab ada rumah-rumah dalam keadaan tenat.

"Saya juga bincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya percepatkan proses dengan tidak ikut tender yang biasa dan (tempoh) panjang, tetapi tender terhad supaya dipercepatkan (untuk peruntukan berkenaan)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program K2K yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir, di sini.

Program K2K antaranya bertujuan membina kapasiti dan memperkasa peranan komuniti untuk menggalas tanggungjawab bersama terkait hal pengurusan bangunan dan persekitaran serta pengisian di kawasan perumahan awam.

Mengulas berhubung pelan struktur Kuala Lumpur yang baharu, Anwar berkata pelan berkenaan yang sepatutnya diluluskan bulan ini ditangguhkan sehingga akhir Mei depan bagi membolehkan beberapa pindaan dilaksanakan.

Anwar berkata pindaan itu antaranya bukan sahaja akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai mercu tanda berdasarkan pembangunan infrastruktur semata-mata, tetapi turut menekankan aspek kehijauan dan kebersihan. 

"Sebab itu saya tangguhkan (lulus pelan Kuala Lumpur baharu). Cadangan pindaan itu sudah pun diluluskan di peringkat pegawai tapi saya beritahu edarkan pelan itu supaya ahli politik, syarikat, pakar dan badan bukan kerajaan dapat bagi pandangan terakhir untuk kita baiki," katanya.

Beliau berkata proses penelitian oleh beberapa pihak itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara berkenaan telah dilaksanakan sebelum ini.

Sementara itu Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar