web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beberapa Kawasan Di Mantin Dan Nilai Terjejas Akibat Ribut Dan Hujan Lebat - Bomba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 9:10AM

Beberapa kawasan dan peniaga bazar Ramadan di sekitar Mantin, Nilai dekat sini terjejas teruk akibat hujan lebat dan ribut yang melanda, petang semalam - Gambar Bomba Mantin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Beberapa kawasan dan peniaga bazar Ramadan di sekitar Mantin, Nilai dekat sini terjejas teruk akibat hujan lebat dan ribut yang melanda, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Priscilla Carol Thomas berkata antara kawasan terlibat adalah Kampung Che Lah, Klinik Kesihatan Mantin, Desa Pinggiran Bayu, Kolej Legenda, Jalan Mantin ke Sungai Machang dan Jalan Mantin ke Beranang.

Katanya pihak bomba menerima banyak panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar pukul 3 petang hingga 5.30 petang tadi akibat kejadian ribut tersebut. 

“Sejurus menerima panggilan, anggota bomba terus ke lokasi terlibat dan meneruskan kerja-kerja mengalihkan pokok-pokok tumbang di beberapa kawasan terjejas termasuk di kawasan perumahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa peniaga bazar Ramadan juga terkesan akibat ribut yang melanda di sekitar kawasan Masjid Qariah Pekan Mantin dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut membantu memutuskan bekalan elektrik serta mengalihkan tiang elektrik tiang yang tumbang akibat ribut.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai J. Arul Kumar berkata hujan lebat dan ribut petang tadi turut menyebabkan banyak pokok tumbang di Taman Desa Melati Nilai dan banyak khemah Bazar Ramadan telak rosak di Nilai dan Mantin.

“Terdapat beberapa pokok tumbang dan terkena rumah. Pembersihan sedang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban, TNB dan bomba,” katanya yang turut meminta MBS memotong keseluruhan pokok besar yang berada berdekatan kawasan perumahan bagi mengelakkan insiden sama berulang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kuatnya Angin, Nak Terbang Kita Dibuatnya Wak!

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Macam Ni, Kereta Pun Boleh Terbang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tongkang Pecah Dilanda Ribut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad