Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Belum Masanya Perkenal Semula GST, Rakyat Hadapi Pelbagai Kekangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 7:31AM

Saranan ACCCIM agar kerajaan memperkenalkan semula GST mendapat reaksi berbeza dalam kalangan penganalisis ekonomi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saranan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) agar kerajaan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mendapat reaksi berbeza dalam kalangan penganalisis ekonomi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pakar ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dasar percukaian itu sememangnya memberi manfaat tersendiri, namun ia tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana rakyat sudah sedia terbeban dengan pelbagai masalah.

Menurut beliau, pelaksanaan semula GST masih memerlukan pelbagai kajian kewangan secara terperinci, khususnya dari aspek potensi produktiviti cukai terbabit dan mengambil kira situasi semasa, termasuk kos sara hidup yang membebankan orang ramai.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dasar percukaian itu sememangnya memberi manfaat tersendiri, namun ia tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana rakyat sudah sedia terbeban dengan pelbagai masalah - Gambar Fail
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dasar percukaian itu sememangnya memberi manfaat tersendiri, namun ia tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana rakyat sudah sedia terbeban dengan pelbagai masalah - Gambar Fail

“Belum sampai masanya kerana perlu mengambil kira situasi ketika ini, malah isu kenaikan kos sara hidup masih lagi membelenggu rakyat. Rakyat belum bersedia.

“Kerajaan perlu memastikan perbelanjaan terkawal dan mengelakkan pembaziran, ketirisan dan perbuatan rasuah,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Senator Tan Sri Low Kian Chuan pada 3 April lalu semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara berkata, pelaksanaan semula GST dengan kadar lebih munasabah berupaya meluaskan pendapatan secara lebih mampan dan komprehensif.

Langkah itu jelas beliau, dapat mengukuhkan pungutan hasil negara.

Mengulas isu sama, Ahmed Razman berpendapat, kerajaan perlu meneliti mekanisme pelaksanaan terbaik dalam memperkasakan cukai sedia ada, bagi memastikan pengguna tidak terkesan seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau yang juga Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), PBS berkata, mekanisme tersebut perlu dilihat adil, lestari dan dapat mencapai matlamat untuk meringankan kos sara hidup rakyat tanpa merugikan peniaga serta kerajaan.

“Cukai adalah satu bentuk hasil yang digunakan untuk menampung perbelanjaan kerajaan, Jadi, selain hanya menumpukan kepada kutipan hasil luar, lebih baik juga melihat perbelanjaan yang mengutamakan isu ketirisan, pembaziran dan juga rasuah.

“Itu satu perkara yang perlu kerajaan perangi,” katanya.

Low Kian Chuan pada 3 April lalu berkata, pelaksanaan semula GST dengan kadar lebih munasabah berupaya meluaskan pendapatan secara lebih mampan dan komprehensif - Gambar Fail
Low Kian Chuan pada 3 April lalu berkata, pelaksanaan semula GST dengan kadar lebih munasabah berupaya meluaskan pendapatan secara lebih mampan dan komprehensif - Gambar Fail

Jelas Ahmed Razman, kerajaan perlu memastikan hasil kutipan dan perbelanjaan dilaporkan secara telus agar pelbagai pihak, khususnya orang ramai mengetahui secara terperinci sumber kewangan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Saya mengharapkan agar hasil kutipan dan perbelanjaan itu melalui proses telus, maknanya kita tahu ia digunakan untuk maksud apa. Saya rasa rakyat tidak akan persoal mereka perlu bayar cukai lebih tinggi jika tidak timbul sebarang keraguan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pelaksanaan semula GST dipersetujui Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman yang berpendapat, ia mewujudkan kesan positif kepada peniaga dan orang ramai, selain berupaya meningkatkan pendapatan kerajaan.

Menurut beliau, GST bagaimanapun perlu diperkenalkan pada kadar serendah mungkin, berdasarkan penelitian terperinci oleh kerajaan terhadap suasana ekonomi negara.

“Kalau semua pihak bertanggungjawab, tidak akan timbul isu percukaian berganda yang akhirnya akan membebankan pengguna.

“Seharusnya orang ramai tidak akan terbeban sekiranya sistem percukaian itu benar difahami dan dilaksanakan. Mahu tidak mahu mereka juga akan menanggung sistem GST atau cukai jualan dan perkhidmatan (SST), sedia ada,” katanya.

Jelas Dr Maamor, sistem SST sedia ada banyak dicemari penipuan yang merugikan kerajaan dan orang ramai.

“Justeru, tiada sebab untuk tidak melihat semula pelaksanaan GST kerana kita juga pernah mengaplikasikannya, malah banyak negara berjaya menggunakan sistem berkenaan dengan sebaiknya,” katanya.

Dr Ma'amor Osman menjelaskan sistem SST sedia ada banyak dicemari penipuan yang merugikan kerajaan dan orang ramai
Dr Ma'amor Osman menjelaskan sistem SST sedia ada banyak dicemari penipuan yang merugikan kerajaan dan orang ramai

Dr Ma’amor berkata, GST merupakan percukaian lebih telus dan mudah untuk menjalani audit forensik oleh kerajaan, sekiranya terdapat sebarang salah laku.

Jelasnya, walaupun GST adalah sistem yang efisien bagi mengelakkan pengusaha lari daripada membayar cukai namun peningkatan kos sara hidup tidak dapat dielakkan.

“Isunya pendapatan kita tidak meningkat, malah ada pendapatan merudum, khususnya orang Melayu dan peniaga kecil yang menyebabkan ramai mengalami tekanan perasaan,” katanya.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi berkata, kadar yang dikenakan haruslah lebih rendah, dengan unjuran pada kadar 4.0 peratus hingga 5.0 peratus jika kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula cukai kepenggunaan itu.

Katanya, sebarang perubahan dasar percukaian juga perlu dimaklumkan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan dan tempoh pelaksanaan juga perlu lebih realistik.

“GST itu perlu ditambah baik dengan caj servis lebih tinggi dikenakan pihak industri, melibatkan kadar peratusan sehingga 7.0 peratus ke 8.0 peratus. Cukai barang terhadap orang ramai biarlah dalam kadar 4.0 peratus sehingga paling tinggi 5.0 peratus.

“Sistem percukaian ini mesti dilaksanakan kerana mengurangkan peniaga taikun yang berleluasa dalam aspek pengeluaran bahan mentah, malah pendapatan kerajaan juga (akan menjadi) lebih tinggi, mudah untuk mengawal harga barang,” katanya.

Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi berkata, kadar yang dikenakan haruslah lebih rendah, dengan unjuran pada kadar 4.0 peratus hingga 5.0 peratus jika kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula cukai kepenggunaan itu - Gambar Fail
Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi berkata, kadar yang dikenakan haruslah lebih rendah, dengan unjuran pada kadar 4.0 peratus hingga 5.0 peratus jika kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula cukai kepenggunaan itu - Gambar Fail

Ketua Eksekutif Yayasan Generasi Malaysia (YGM) itu turut menegaskan pelaksanaan GST tidak boleh tergesa-gesa kerana membabitkan kos tambahan untuk perpindahan sistem, lebih-lebih lagi dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang lembap ketika ini.

“Paling penting, perlu ada ketulusan dan kena lihat kesan positif dan negatif kepada pelbagai pihak. Segala langkah atau tindakan kerajaan dalam memperhalusi sistem terbabit perlu dijelaskan kepada awam.

“Rakyat pun perlu bersedia jika GST dilaksanakan oleh kerajaan, mereka perlu menyokong dengan sebaiknya sistem cukai yang cekap dan lebih berkesan yang membolehkan kutipan hasil negara meningkat lebih banyak jika dibandingkan dengan sistem SST,” katanya. - Getaran, 8 April 2023
 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Peniaga Tidak Terlibat Kenaikan SST Diingatkan Jangan Ambil Kesempatan

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Semasa 3 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 19 jam yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus