KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas baharu Bukit Aman hari ini.
Pelantikan beliau diumumkan Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin menerusi satu kenyataan akhbar rasmi sebentar tadi.
Beliau dilantik mengisi jawatan Pengarah Cawangan Khas menggantikan penyandang, Datuk Baharuddin Ahmad.
Difahamkan Baharuddin akan ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri bagi memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Komunikasi Strategik) Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pelantikan kedua-dua pegawai kanan PDRM itu berkuatkuasa bermula 8 Mei 2023. - Getaran, 7 April 2023

