web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Ahli Parlimen PKR Sertai SPAN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 1:10PM

Nor Azrina Surip menerima surat pelantikan daripada Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan individu termasuk bekas Ahli Parlimen Merbok (PKR), Nor Azrina Surip dan mantan Ahli Majlis Petaling Jaya, Derek Fernandez dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pelantikan itu diumumkan dalam satu kenyataan hari ini, melengkapkan barisan suruhanjaya itu bagi penggal 2023-2025, selepas mantan pengerusinya, Charles Santiago dilantik semula bulan lalu.

Individu lain yang dilantik menganggotai suruhanjaya itu ialah mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Ching Thoo; bekas Ketua Eksekutif Kumpulan Perbankan Pelaburan Maybank, Datuk Hamidah Moris; bekas Ketua Setiausaha Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee dan Prof Madya Ahmad Jusoh dari Sekolah Perniagaan Antarabangsa UTM Azman Hashim.

Mereka turut disertai Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Sha'ani Abdullah, Pengarah dan Jurutera HSS Engineers Bhd, Syed Mohamed Adnan Mansor Alhabshi; dan jurutera yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah I Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Mohd Azmi Ismail.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, suruhanjaya itu mempunyai tanggungjawab besar dalam penstrukturan semula sektor air bagi merealisasikan inisiatif Transformasi Sektor Air (WST 2040).

“Saya percaya kepimpinan ini akan dapat memacu SPAN untuk terus menjadi organisasi yang progresif, proaktif dan dihormati dalam mengawal selia perkhidmatan air,” katanya. —The Vibes, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad