web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Negara Boleh Raih Hasil RM1 Bilion Sebagai Permulaan Dengan Pengenalan GMT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 7:25AM

Ahmad Maslan berkata kertas berkaitan RUU tersebut sedang disediakan oleh Bahagian Cukai Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Negara boleh memperoleh hasil RM1 bilion sebagai permulaan apabila cukai minimum global (GMT) diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata rang undang-undang (RUU) yang berkaitan diharap dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.

Ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini, Ahmad berkata kertas berkaitan RUU tersebut sedang disediakan oleh Bahagian Cukai Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara.

Mengenai maklum balas daripada syarikat multinasional yang bertapak di negara ini berhubung pelaksanaan GMT, katanya mereka perlu akur dengan standard antarabangsa selain tiada pilihan lain kerana isu cukai tersebut telah dibincangkan sejak dua tahun lepas.

“Perkara itu (GMT) memang perlu dilaksanakan dan boleh menjadi sumber baharu bagi hasil cukai negara, mungkin selepas diperkenalkan, kita boleh dapat RM1 bilion sebagai permulaan,” katanya.

Malaysia secara dasarnya bersetuju melaksanakan GMT sebanyak 15 peratus kepada sesetengah syarikat multinasional. Malaysia antara 136 negara yang diumumkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebelum ini sebagai negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa tersebut.

Pelaksanaan sistem cukai itu untuk memastikan entiti perniagaan membayar cukai secara adil di negara hos dan mengelak kebocoran cukai.

Mengenai Program Pengakuan Secara Sukarela (PPSS) LHDN sebagai strategi perluasan hasil cukai, Ahmad berkata ia akan dilaksanakan bermula 1 Jun depan dan berakhir pada 31 Mei 2024.

“Program ini dijangka melibatkan sebanyak 50,000 pembayar cukai dengan anggaran kutipan cukai bernilai RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata pembayar cukai dinasihatkan untuk ke pejabat LHDN apabila program itu mula dilaksanakan kepada mereka yang layak sebelum aktiviti audit dan siasatan iaitu prosedur biasa LHDN untuk diambil ke atas mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar