web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


50,000 Tiket Bas Balik Raya Sudah Terjual - E-Mutiara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 50,000 tiket bas ekspres bagi perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara bermula 14 April hingga malam Aidilfitri, kata Pengerusi Eksekutifnya Che Ibrahim Che Ismail.

Beliau berkata sejak jualan dibuka, pihak berjaya menjual 5,000 tiket sehari.

“Perkhidmatan bas akan beroperasi antara 70 hingga 80 trip sehari ke seluruh negara bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

“Setakat ini, kita mempunyai 20 bas ekspres bagi perjalanan ke seluruh negara dengan trip terbanyak ialah laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 300 asnaf dari Kampung Panchor, Tebing Tinggi serta anak-anak yatim dari Darul Aitam dan Yayasan Anak-Anak Yatim Taman Sabariah di pejabat E-Mutiara, di sini hari ini.

Che Ibrahim berkata E-Mutiara juga telah menempah 20 bas dua tingkat sepanjang 13.5 meter yang setiap satu bernilai RM1.5 juta.

“Sekiranya syarikat berjaya menerima dua daripada 20 bas yang ditempah itu, E-Mutiara yakin dapat menambah perjalanan hingga 100 trip sehari,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad