web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 RUU Mansuh Kesalahan Cubaan Bunuh Diri Dibentang Tepat Pada Masanya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 7:00AM

Ia berikutan majoriti individu yang cuba membunuh diri disebabkan mahu melarikan diri daripada kesengsaraan penyakit mental dialami mereka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Usaha Kerajaan Perpaduan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 dan RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri, dilakukan tepat pada masanya.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, ia berikutan majoriti individu yang cuba membunuh diri disebabkan mahu melarikan diri daripada kesengsaraan penyakit mental dialami mereka.

Dr Andrew Mohanraj - Gambar fail
Dr Andrew Mohanraj - Gambar fail

Menurut beliau, golongan terbabit melihat perbuatan membunuh diri sebagai satu-satunya pilihan dan jalan penyelesaian kepada gangguan mental yang dihidapi.

“Adalah tepat pada masanya untuk memperkenalkan RUU untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menjadikan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah kerana ia sudah pun diterima secara umum. 

“Daripada dihukum kerana percubaan mereka (membunuh diri), adalah wajar untuk menawarkan bantuan kepada kumpulan itu kerana mereka sepatutnya dilihat sebagai mangsa, bukannya pelaku jenayah,” katanya dalam kenyataan kepada Getaran.

Jelas beliau lagi, di bawah Akta Kesihatan Mental  (2001) sudah tersedia peruntukan untuk memudahkan kemasukan, penilaian dan rawatan di kemudahan psikiatri bagi individu cuba membunuh diri dengan andaian awal bahawa niat itu terutamanya disebabkan oleh keadaan mental mereka.

Terdahulu, ketiga-tiga RUU terbabit dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman di Dewan Rakyat, kelmarin dan bacaan kedua akan dibuat pada sesi akan datang.


Azalina Othman - Gambar oleh Syeda Imran
Azalina Othman - Gambar oleh Syeda Imran

Azalina berkata, pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri melalui RUU berkenaan adalah usaha Kerajaan Madani untuk mencegah kes bunuh diri dan diharap menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke depan untuk mendapatkan bantuan, menghapuskan stigma terhadap perbuatan bunuh diri.

Mengulas lanjut, Dr Andrew berkata, pindaan RUU terbabit yang turut mewujudkan peranan pegawai intervensi krisis akan menjadikan akta itu lebih mantap dalam menangani kes percubaan membunuh diri.

“Selain itu, RUU untuk mengukuhkan Seksyen 305 dan 306 Kanun Keseksaan untuk meningkatkan tindakan hukuman  kepada mereka yang menghasut mangsa untuk cuba membunuh diri juga amat dialu-alukan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Andrew menegaskan ia perlu selari dalam meningkatkan kesedaran tentang tindakan punitif (perbuatan melibatkan hukuman) berikutan ramai yang terlibat menghasut, melakukannya secara tidak sengaja di media sosial atau tidak bertanggungjawab tanpa memahami akibat daripada tindakan tersebut.

“Perlu berhati-hati, mesti ada usaha kerjasama antara pihak berkepentingan seperti organisasi masyarakat sivil, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pengelola platform media sosial.

“Ini bagi menghalang orang ramai daripada menghasut individu cuba membunuh diri yang sudah mengalami dekompensasi psikologi dan oleh itu lebih terdedah kepada cadangan atau hasutan sedemikian,” katanya. - Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan