web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Maut Dipukul Suami Dengan Tukul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 9:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Seorang wanita maut dipercayai akibat dipukul dengan tukul oleh suaminya di kediaman mereka di Kampung Besol, Bukit Besi dekat sini kira-kira 8 pagi tadi.

Mangsa, Rubiah Sabtu, 41, disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata kejadian dikatakan berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang berusia 30-an sehingga membawa kepada tragedi berkenaan.

“Difahamkan berlaku perselisihan faham antara pasangan tersebut yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tahun lepas.

“Suspek didakwa hilang kawalan akibat perselisihan faham dan bertindak di luar batasan. Suspek yang ketakutan kemudiannya keluar dari rumah dan memaklumkan perbuatannya kepada ahli keluarga yang tinggal berdekatan,” katanya di sini, hari ini.

Baharudin berkata ahli keluarga suspek kemudiannya membuat laporan polis dan suspek telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu adik tiri mangsa, Rozilan Yusof, 38, berkata dia amat terkejut apabila mengetahui berita itu kerana suspek seorang yang baik dan lemah lembut.

Dia berkata kali terakhir mangsa menghubunginya kira-kira pukul 1 pagi semalam kerana mahu meminjam kipas untuk bayinya yang kepanasan.

“Saya memang tak sangka kerana mereka berdua tidak ada masalah sebelum ini. Abang ipar pun seorang yang pendiam, baik dan selalu mengaji.

“Tetapi yang saya perasan kakak (mangsa) kelihatan sugul beberapa hari kebelakangan ini. Tak sangka sungguh dia akan pergi dengan cara begini,” katanya.

Menurutnya, mangsa memiliki lapan anak iaitu tujuh orang hasil perkahwinan terdahulu dan seorang bayi berusia enam bulan hasil perkahwinan dengan suspek. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad