web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Melaka Wajibkan Mesyuarat Dimulakan Dengan Bacaan Surah Al-Fatihah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 5:31PM

Ab Rauf Yusoh berkata, semua kakitangan juga harus memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah pada jam 8 pagi setiap Isnin hingga Jumaat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiap jabatan dan agensi di bawah kerajaan Melaka diwajibkan memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah berkuatkuasa semalam.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, semua kakitangan juga harus memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah pada jam 8 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain itu, katanya, nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Melaka Maju Jaya’ wajib diperdengarkan pada jam 10 pagi setiap Isnin.

“Semua kakitangan diarahkan untuk berdiri hormat ketika lagu tersebut dimainkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, telefon bimbit dilarang dibawa masuk di dalam mesyuarat terutama mesyuarat bertaraf rahsia atau sulit yang dipengerusikan beliau.

“Ketetapan itu dibuat bagi memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan,” katanya.

Perkara tersebut antara empat pendekatan baharu yang perlu diikuti setiap jabatan dan agensi kerajaan negeri itu bagi melancarkan pentadbiran diterajui Ab Rauf.

Ketetapan itu juga adalah selari dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam selain memupuk rasa kecintaan kepada agama, negara dan bangsa.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 31 Mac lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) pada hari yang sama.

Majlis angkat sumpah berkenaan diadakan selepas mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga ADUN Lendu, melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan.

Terdahulu, pengumuman Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Zaidi Johari yang memaklumkan pelantikan itu berdasarkan Perenggan (a), Fasal 2, Perkara 7, Perlembagaan Negeri Melaka. – Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar