web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Saiful Cuba Berbohong, Sila Buktikan Sesi PMQT ‘Pilih Kasih’  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 1:43PM

Lim Kit Siang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak bercakap benar mengenai sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, ia adalah perbuatan yang memalukan apabila mantan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu terdesak mempertahankan pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN).

“Dia (Wan Saiful) mengatakan yang semasa PMQT, hanya Ahli Parlimen dipanggil Speaker sahaja boleh berdiri untuk mengemukakan soalan. Ahli Parlimen lain tidak dibenarkan mencelah.

“Wan Saiful tidak memberikan gambaran sebenar persidangan Parlimen. Malah dia sedang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar,” katanya menerusi kenyataan di blog miliknya, hari ini.

Kit Siang berkata, Speaker akan memberikan keutamaan sekiranya terdapat pemimpin utama parti pembangkang berdiri untuk bertanya soalan susulan.

Jelas mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, Speaker juga akan memberikan keutamaan berdasarkan kedudukan Ahli Parlimen dalam parti mereka.

“Sejak pengenalan PMQT pada 14 Februari 2023, sudah ada lapan PMQT diadakan dan semakan penyata rasmi menunjukkan, tidak ada sekali pun dari kelapan-lapan sesi ini yang menyaksikan seorang daripada tiga pemimpin tertinggi pembangkang berdiri untuk mengemukakan soalan susulan,” katanya.  

Sehubungan itu, Kit Siang mencabar pihak pembangkang memberikan penjelasan sekiranya pemimpin kanan gabungan Perikatan Nasional (PN), iaitu mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin pernah disekat Speaker ketika sesi PMQT.  

“Sekiranya tidak, bolehkah ketiga-tiga pemimpin PN ini memberikan jawapan mengapa mereka kerap ponteng daripada menjalankan tanggungjawab mereka di Parlimen untuk kelapan-lapan sesi PMQT dalam tiga bulan lalu,” katanya.  

Terdahulu, Wan Saiful dalam kenyataan semalam mendakwa Ketua Pembangkang atau ketua parti tidak boleh turut serta dalam sesi PMQT.

Mengulas ‘sindiran’ Fahmi yang membangkitkan ketiadaan sekali lagi Hamzah dan Abdul Hadi dalam sesi itu, Wan Saiful mendakwa Fahmi ‘memberi gambaran salah’.

Beliau mendakwa, hanya Ahli Parlimen disebut Speaker Dewan Rakyat sahaja yang boleh bertanya soalan, manakala satu soalan tambahan daripada penyoal asal, serta satu lagi soalan tambahan daripada pihak lain semasa sesi itu.

Wan Saiful mendakwa, adalah wajar PMQT ditambah baik seperti ala-Westminster yang mana Ketua Pembangkang diberi slot menyoal Perdana Menteri.

Terdahulu, Fahmi menerusi hantaran Facebook mempersoalkan beberapa pemimpin PN yang tidak hadir ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri.

Katanya, sesi itu adalah peluang terbaik kepada pihak pembangkang membangkitkan soalan dan isu tertentu secara bersemuka. - Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Pengubahan Wang Haram, Rasuah Wan Saiful Dibicarakan Bersama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek