web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Muka Baharu Angkat Sumpah Exco Melaka, 2 Digugurkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 11:42AM

Tun Mohd Ali Rustam (duduk tengah) bergambar kenangan bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tiga muka baharu termasuk seorang daripada Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan Melaka, hari ini, manakala dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada barisan Exco sebelum ini, digugurkan.

ADUN Kesidang Seah Shoo Chin yang menjadi wakil tunggal PH dan dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, merupakan antara 10 barisan Exco negeri yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dalam istiadat bermula 8 pagi tadi.

Dua lagi muka baharu ialah ADUN Asahan Fairul Nizam Roslan yang dilantik sebagai Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; dan ADUN Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer sebagai Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.

Sementara itu, dua ADUN yang digugurkan ialah ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan serta ADUN Serkam Datuk Zaidi Attan yang menjawat jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang memegang portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET), mengangkat sumpah Jumaat lalu.

Ab Rauf dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri ke-12, pada Rabu lepas.

Selain tiga muka baharu itu, ADUN lain yang mengangkat sumpah hari ini ialah ADUN Paya Rumput Datuk Rais Yasin sebagai Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; dan ADUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman sebagai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; ADUN Pengkalan Batu Datuk Kalsom Nordin (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti) dan ADUN Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman (Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama).

Sementara ADUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem dilantik sebagai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta ADUN Gadek VP Shanmugam, sebagai Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Petang Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan