web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura Capai Kemajuan 32.42 Peratus - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 9:54AM

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru (kiri) dan RTS Link Singapura (kanan) sedang giat berjalan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tahap kemajuan kerja projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura kini mencapai 32.42 peratus, merangkumi pelbagai komponen seperti depoh, stesen, jajaran darat dan jajaran marin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata kerajaan negeri komited memastikan projek pengangkutan awam berimpak tinggi itu akan mula beroperasi pada 2026. 

"Bagi melancarkan proses kemajuan projek ini, Johor telah menubuhkan satu pasukan pertugas pada 21 Oktober 2020 untuk membantu memudahkan apa sahaja perkara berkaitan kerajaan negeri sebagai contoh, isu tanah dan sebagainya dengan urus setianya adalah PLANMalaysia Johor.

"Kita menjangkakan infrastruktur projek ini siap pada Disember 2024, dan beroperasi mulai Disember 2026, setakat ini ia mengikut jadual dan segala perkembangan berhubung projek dipantau rapat oleh Kementerian Pengangkutan," katanya pada sidang media selepas melawat tapak RTS Link Johor Bahru-Singapura di Marine Viaduct di sini, petang semalam. 

Beliau berkata dengan adanya perkhidmatan tersebut ia bakal menyelesaikan sebahagian daripada cabaran pergerakan rakyat Malaysia dan Singapura dengan jangkaan kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam setiap hala.

RTS Link merupakan perkhidmatan ulang-alik sepanjang empat kilometer antara Singapura di stesen Woodlands North dan Malaysia di stesen Bukit Chagar di sini.

Berhubung cadangan mewujudkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya ini, Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan, bagaimanapun perkara itu memerlukan kajian lebih komprehensif memandangkan Johor sudah mempunyai mod pengangkutan awam lain.

Pada 28 Mac lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilapor berkata terdapat cadangan daripada sebuah syarikat swasta untuk membina LRT di bandar raya ini, namun perkara itu masih dalam peringkat cadangan. 

Sementara itu, Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat koordinasi bersama Jabatan Imigresen Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan kelancaran pergerakan kenderaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri sempena sambutan Aidilfitri.

"Seperti biasa, setiap kali musim perayaan termasuklah ketika Pilihan Raya Umum, kita adakan mesyuarat sama ada perbanyakkan bas, lorong-lorong khas dibuka, jumlah kaunter yang dibuka selain jumlah pengawal keselamatan, jumlah RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) dan sebagainya untuk memudahkan urusan pengguna keluar masuk Malaysia," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran