web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laman Sesawang Jabatan Imigresen Pulih, Boleh Diakses Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 9:08PM

Jabatan Imigresen mengesahkan laman sesawang rasminya digodam oleh pihak yang menggelarkan dirinya sebagai ‘CaptainSmok3r’ pada jam 2 pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Laman sesawang Jabatan Imigresen (JIM) yang diserang penggodam awal pagi tadi sudah berjaya dipulihkan dan boleh diakses semula oleh orang ramai.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh menegaskan tiada sebarang kebocoran maklumat berlaku akibat serangan siber itu.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian atau spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam.

“Serangan siber berbentuk defacement mengakibatkan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej yang lain. Bagaimanapun, capaian berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden ini.

“JIM telah mengambil langkah pembetulan serta-merta dengan menutup capaian laman web dari akses orang ramai dan melakukan kerja baik pulih serta konfigurasi keselamatan laman web,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 Ruslin Jusoh - Gambar Bernama
Ruslin Jusoh - Gambar Bernama

Menurut beliau, Bahagian Teknologi Maklumat JIM telah mengadakan perbincangan dan kerjasama bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity bagi membantu agensi itu dalam tindakan pengukuhan laman web.

Terdahulu, jabatan itu mengesahkan laman sesawang rasminya digodam oleh pihak yang menggelarkan dirinya sebagai ‘CaptainSmok3r’ pada jam 2 pagi tadi.

Serangan itu menyebabkan laman sesawang itu dihentikan operasinya buat semenara waktu untuk diselenggara.

Foto laman web yang digodam seperti yang dirakam di Lowyat.net menunjukkan gambar seorang lelaki dengan kapsyen "hanya untuk keseronokan" dan mesej dalam bahasa Parsi.

JIM dalam hantaran dimuat naik menerusi akaun rasmi agensi berkenaan di Facebook dan Twitter, hari ini, memaklumkan laman sesawang www.imi.gov.my sedang diselenggara buat sementara waktu.

“Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sistem Pertanyaan Dalam Talian (SPO). Segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Hantaran itu tidak menyebut apa-apa cubaan penggodaman, dan juga tidak memaklumkan bila laman sesawang itu akan dibuka dan beroperasi semula.

Pada Februari lalu, laman web rasmi kerajaan Pulau Pinang dilaporkan telah digodam sehingga menjejaskan maklumat peribadi lebih 600,000 rakyat.

Data yang bocor itu didakwa dimuat naik ke tapak forum "BreachForums" pada 18 Januari oleh seorang pengguna dikenali sebagai "LeakBase." – Getaran, 4 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan