Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenapa Kerajaan Tidak Benarkan KWSP Dikeluarkan? Ini Jawapan Rafizi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 10:10AM

Rafizi Ramli berkata apabila dana KWSP menyusut, ia akan mengehadkan keupayaan pihak pengurusannya untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan, demi mendapatkan keuntungan lebih baik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar kerana ia bertanggungjawab melindungi kebajikan rakyat pada masa depan, terutama golongan berisiko yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, walaupun tuntutan pengeluaran diminta segelintir pihak itu sekiranya dibenarkan boleh dilihat sebagai program kerajaan dan tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan, langkah terbabit akan mengurangkan simpanan hari tua daripada caruman rakyat sendiri.

“Pencarum mungkin mengeluarkan wang untuk keperluan pada hari ini, tetapi KWSP diwujudkan untuk memastikan pekerja dan rakyat Malaysia mempunyai simpanan di hari tua.

“Kalau ada yang kata saya mungkin mati esok, kalau pun kita mati esok simpanan dan caruman dalam KWSP itu akan pergi kepada waris kita,” katanya menerusi rakaman video.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat semalam, sebagai tanda bantahan terhadap keputusan Speaker yang menolak usul mereka untuk membahaskan cadangan membenarkan pengeluaran caruman KWSP secara bersasar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-PN) mengetuai ‘aksi’ keluar Dewan Rakyat itu yang membabitkan puluhan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Rafizi berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, sejumlah 145 bilion caruman KWSP dibenarkan dikeluarkan pentadbiran terdahulu.

Katanya, apabila dana KWSP menyusut, ia akan mengehadkan keupayaan pihak pengurusannya untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan, demi mendapatkan keuntungan lebih baik.

Beliau berkata, keadaan itu akan memberi kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan caruman.

“Jika pulangan KWSP secara keseluruhannya rendah, maka pencarum lain pun akan turut menanggung kesan itu, terutama dalam keadaan sebahagian besar daripada pencarum tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua,” katanya.

Justeru, atas perkara itu, tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Belanjawan 2023 membuat keputusan tidak membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar, seperti dituntut segelintir pencarum.

Malah, beliau berkata, kerajaan sebaliknya menambah caruman dan simpanan hari tua kepada pencarum KWSP.

Jelasnya, kerajaan juga tidak membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi memberi kebaikan kepada semua.

“Bukan memilih jalan singkat semata-mata untuk meraih populariti politik sementara, tetapi meninggalkan masalah kepada pimpinan lain di masa hadapan untuk diselesaikan,” katanya.

Dalam Belanjawan 2023, Anwar tidak mengumumkan pengeluaran dana KWSP bersasar seperti diharapkan segelintir rakyat dan diperjuangkan beberapa pihak, sebagai membantu golongan memerlukan menampung kelangsungan kehidupan akibat masalah kewangan dialami mereka.

Sebaliknya, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Pengumuman itu mencetuskan persoalan adalah kerajaan masih tidak memahami kesusahan teruk didepani rakyat, khususnya B40 ekoran masalah ekonomi ketika ini.

Ia sekali gus menyebabkan rakyat melahirkan kekecewaan, termasuk di media sosial, malah NGO dan pemimpin politik terus menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan semula tuntutan untuk pengeluaran KWSP itu.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab pertanyaan media pada 9 Februari lalu adakah beliau akan mempertimbangkan pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2023 berkata, kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan itu.

Katanya, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti. – Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 3 minggu yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 9 jam yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan