web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air: 85 Sekolah Di Manjung Mohon Cuti Ganti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sejumlah 85 sekolah di Manjung ditutup dan memohon cuti ganti hari ini berikutan gangguan bekalan air yang belum pulih di daerah itu sejak Jumaat lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata kesemua sekolah itu melibatkan enam kawasan di daerah tersebut.

“Di Ayer Tawar sahaja 34 sekolah terjejas, Sitiawan (19), seluruh Seri Manjung (18), seluruh Lekir ke Kayan dan Pangkor masing-masing lima serta Lumut empat sekolah melibatkan sekolah rendah, menengah dan jenis kebangsaan.

“Keputusan untuk menutup 85 sekolah hari ini adalah demi kebajikan dan kesihatan pelajar termasuk pendidik melalui permohonan cuti berganti dengan kelulusan Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Iftar Ramadan dan Tarawih anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak di sini semalam.

Sebanyak 79,360 akaun pengguna di Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip air mentah bocor di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota sejak Jumaat lepas.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pada masa ini kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor dan dijangka pulih sepenuhnya sebelum 8 April ini.

Sementara itu, Khairudin berkata JPN Perak amat prihatin dengan situasi ketiadaan air yang akan menyukarkan urusan seharian pelajar dan kakitangan sekolah.

“Mereka perlu ganti hari persekolahan hari ini kepada hari lain kecuali jika bilangan hari persekolahan cukup 190 hari ke atas, maka tidak perlu ganti.

“Seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan, setiap sekolah diberikan empat hari cuti peristiwa, jika tidak ambil, maka cukuplah 190 hari sesi persekolahan, jadi esok mereka akan teruskan sesi persekolahan seperti biasa,” katanya. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar