Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keluar Dewan Hanya Drama, PN Tiada Idea Bernas, Cuba Permain Emosi Rakyat 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 9:18PM

Pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat selepas speaker menolak usul berkenaan pengeluaran caruman KWSP hari ini. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat bagi membantah keputusan Speaker yang menolak cadangan membahaskan usul berkenaan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, disifatkan sebagai hanya ‘drama’ kerana ketiadaan idea bernas.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Liew Chin Tong, tindakan dianggap sebagai terancang itu sengaja dibuat apabila hampir kesemua mereka kembali masuk selepas 15 minit, selepas mengadakan sidang akhbar untuk cuba meyakinkan media mengenainya.

Liew Chin Tong - Gambar fail
Liew Chin Tong - Gambar fail

“Mereka menggunakan isu pengeluaran bersasar KWSP di Parlimen sedangkan negara kita sedang dalam proses pemulihan ekonomi.

“Ini menunjukkan bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak ada sebarang idea bernas untuk transformasi ekonomi kepada majoriti rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kekecohan di Dewan Rakyat pagi tadi, gara-gara tindakan Ahli Parlimen pembangkang.

Kumpulan terbabit bertindak demikian sebagai tanda bantahan terhadap keputusan Speaker, yang menolak usul mereka untuk membahaskan cadangan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-PN) mengetuai ‘aksi’ keluar Dewan Rakyat itu yang membabitkan puluhan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang-PN), yang membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Dewan Rakyat pada Jumaat memberitahu Dewan, ia ditolak Speaker Datuk Johari Abdul hari ini.

“Tolong izinkan kami membahaskan perkara itu hari ini, lebih-lebih lagi ia adalah kepentingan umum kerana ramai perlu membuat pengeluaran,” katanya.

Sebagai respons, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau yang mempengerusikan Dewan pagi tadi berkata, keputusan Speaker adalah muktamad dan menasihatkan pembangkang supaya memfailkan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Selepas percubaan tambahan Ahli Parlimen pembangkang mendesak Lau supaya bersetuju dengan tuntutan mereka untuk berdebat tetap ditolak, Hamzah memaklumkan beliau dan kumpulannya akan meninggalkan Dewan.

“Jika begini, kami akan meninggalkan Dewan Rakyat sebagai menunjukkan bantahan kami,” katanya.

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

Pada sidang media selepas keluar Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Seri Takiyuddin Hassan melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Speaker menolak perbahasan, memandangkan usul Wan Fayhsal memenuhi ketiga-tiga kriteria di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), bahawa ia bermakna perkara itu sudah jelas, berkepentingan awam dan mendesak.

Namun, selepas sidang akhbar, ramai Ahli Parlimen PN dilihat masuk semula ke Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Chin Tong berkata, hakikatnya, pengeluaran bersasar KWSP sudah empat kali dibenarkan, iaitu masing-masing dua skim, i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, diikuti i-Citra (Julai 2021) sewaktu era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri serta ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (April 2022).

“Sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri selepas rampasan kuasa (Langkah) Sheraton, beliau tertekan dengan kemelut ekonomi dan politik. Pada mulanya beliau enggan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP, tetapi tekanan yang keras menyebabkannya mengalah pada Julai 2021. Dan sebulan kemudian beliau terpaksa meletak jawatan.

“Dua pengeluaran bersasar pada 2020 memang merupakan keperluan kerana kehidupan rakyat Malaysia terjejas selepas dilanda tekanan ekonomi, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’ berikutan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, tindakan keluar dewan itu juga memaparkan bahawa pembangkang ketika ini, tidak mempunyai sebarang dasar ekonomi jelas, menyebabkan mereka cuba bermain dengan emosi rakyat.

Dalam situasi proses pemulihan ekonomi ketika ini, katanya, PN sepatutnya menolong rakyat dengan membantu kerajaan menghadapi cabaran kitaran gaji, produktivi, kemahiran dan aktiviti nilai tambah yang kesemuanya masih di tahap rendah.

Jelasnya, kesemua kelemahan itu, perlu diperbaiki segera, tambahan memandangkan gaji median pada 2021 hanya berada pada tahap RM2,250 sebulan, yakni 50 peratus pekerja Malaysia dibayar gaji kurang daripada itu.

“Kepada semua sahabat saya di pihak PN, inilah masanya kita hadapi bersama semua cabaran sebagai sebuah negara, tanpa mengira di mana tempat duduk kita dalam Parlimen.

“Kita memerlukan pembangkang yang mempunyai idea bernas serta penuh komitmen untuk rakyat,” katanya. – Getaran, 3 April 2023

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

Semasa 9 jam yang lalu

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Semasa 1 hari yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan