web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sedia Runding Dengan China Isu Pertikaian Laut China Selatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 1:10PM

Anwar Ibrahim berkata ketika lawatannya ke China itu, beliau turut menyentuh isu Myanmar dan pelarian Rohingya biarpun mengetahui China mengamalkan dasar tidak campur tangan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia sedia berunding dengan China mengenai isu pertikaian di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ketika mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden China Xi Jinping sempena lawatan rasminya ke China, isu Laut China Selatan dibangkitkan kerana syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), mempunyai pelantar terbesar bagi projek cari gali yang beroperasi di kawasan berkenaan.

"Di kawasan itu ada tuntutan yang sama dari China. Saya beritahu bahawa sebagai negara kecil yang memerlukan sumber minyak dan gas, kita terpaksa teruskan tetapi kalau syaratnya harus ada rundingan, maka kita sedia berunding,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Anwar berkata ketika lawatannya ke China itu, beliau turut menyentuh isu Myanmar dan pelarian Rohingya biarpun mengetahui China mengamalkan dasar tidak campur tangan.

“China rapat dengan Myanmar tetapi dasar mereka tidak campur tangan, saya katakan kita pun tidak bermaksud campur tangan.

“Tetapi ada hampir 200,000 pelarian Rohingya di sini (Malaysia). Jadi sama ada kita suka atau tidak, apa yang berlaku di Myanmar, yang menafikan hak penduduk Myanmar sendiri termasuk Rohingya, itu beri kesan kepada kita,” katanya yang turut memaklumkan bahawa Myanmar juga tidak mahu menerima hampir 200,000 pelarian terbabit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jabatan Imigresen Asingkan Tahanan Etnik Rohingya, Elak Insiden Berulang

4

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar