web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Dirayu Segera Campur Tangan, Elak Operasi Hospital Awam Lumpuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 10:00PM

Campur tangan Perdana Menteri dengan jaminan segera menyelesaikan masalah mereka mungkin dapat mengelakkan mogok dilancarkan esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campur tangan untuk mengelakkan lebih 10,000 doktor kontrak di seluruh negara mogok selama tiga hari bermula esok.

Menurut beliau, hak melancarkan mogok adalah hak asasi semua pekerja termasuk doktor kontrak.

Malah katanya, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan juga menjamin kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

“Doktor-doktor kontrak berkenaan kecewa kerana masalah lantikan ke jawatan tetap belum diselesaikan meskipun sudah berlanjutan selama tujuh tahun.

“Campur tangan Perdana Menteri dengan jaminan segera menyelesaikan masalah mereka mungkin dapat mengelakkan mogok dilancarkan esok yang dikhuatiri akan melumpuhkan operasi di hospital awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu mendengar protes kumpulan terbabit bahawa wujud amalan diskriminasi dan penindasan ke atas mereka.

“Saya juga menyeru Perdana Menteri supaya menasihati Kementerian Kesihatan (KKM) agar tidak mengugut doktor kontrak berkenaan dengan tindakan disiplin dan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Terdahulu, kumpulan doktor kontrak memaklumkan tetap akan meneruskan rancangan untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula esok, meskipun dihalang KKM.

Kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram meminta semua doktor kontrak yang menyokong gerakan itu supaya mengambil cuti sakit (MC) atau cuti kecemasan (EL) sepanjang tempoh berkenaan.

Malah katanya, mereka tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan beramai-ramai atau berdemonstrasi.

“Bagi menyokong gerakan kami, ubah gambar profil kepada hitam atau monokrom (kelabu).

“Bukan doktor kontrak pula, sila datang kerja dengan memakai pakaian hitam. Ambil cuti sakit (MC) atau cuti kecemasan (EL) pada 3 hingga 5 Mac ini,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, kumpulan terbabit turut menasihati orang ramai supaya tidak datang ke fasiliti kerajaan, sebaliknya menyarankan

mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta. – Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi