web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usah Terlibat! Penjawat Awam Dilarang Sertai Perhimpunan Haram – KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 5:43PM

Peringatan itu selaras dengan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011 yang melarang penjawat awam terlibat dalam aktiviti sedemikian. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan seluruh kakitangannya supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram.

Peringatan itu selaras dengan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011 yang melarang penjawat awam terlibat dalam aktiviti sedemikian.

Surat tersebut kembali dimuatnaik di Facebook KKM malam tadi susulan timbul ura-ura kumpulan doktor kontrak mahu mengadakan mogok, bermula esok hingga 5 April ini.

Berdasarkan surat yang dikeluarkan Unit Integriti KKM, pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4 (1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993.

Ia turut memperincikan bentuk perhimpunan haram yang antaranya menggunakan masa pejabat atau meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai perhimpunan.

Selain itu, bentuk perhimpunan haram juga termasuk menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak atau mengedarkan risalah berkaitan aktiviti tersebut.

Sebelum ini, sebuah kumpulan dikenali sebagai ‘Mogok Doktor Malaysia’ memaklumkan, kira-kira 8,000 doktor kontrak bercadang menyertai mogok yang akan diadakan bulan ini.

Kumpulan itu juga mengancam bahawa pekerja kesihatan boleh bertindak meletak jawatan secara beramai-ramai.

Mogok itu dipercayai akan diadakan di seluruh negara sekiranya kerajaan dan KKM tidak memenuhi permintaan kumpulan petugas terbabit sebelum 1 April, seperti dimaklumkan menerusi memorandum pada 21 Februari lalu.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak.

Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Katanya, protes bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan isu yang membabitkan sektor kesihatan.

“KKM menyedari isu doktor kontrak adalah isu lama diwarisi daripada kerajaan terdahulu, sejak ia diperkenalkan pada 2016 lagi, akibat lambakan keluaran doktor di pasaran ketika itu.

“Isu ini telah dibincangkan di Mesyuarat Kabinet semalam (kelmarin) yang akhirnya bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Zaliha berkata, KKM sudah mengambil tindakan terhadap permasalahan serta permintaan yang dibangkitkan petugas kesihatan dari semasa ke semasa.

Katanya, antara tindakan yang diambil termasuk mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan kewujudan gred UD56 untuk pakar perubatan serta skim lain ditambah baik. – Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad