web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekalan Telur Sepanjang Ramadan, Aidilfitri Mencukupi - FAMA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 3:20PM

Abdul Rashid Bahri (kiri) melihat harga telur yang dijual usahawan tani sempena program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Ramadan Madani @ Pasar Tani di Merlimau hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan telur termasuk gred A dan B di seluruh negara stabil bagi menampung keperluan pengguna sepanjang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.

Pemangku Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata bagaimanapun permintaan bagi gred AA, gred A dan gred B meningkat di bulan puasa berikutan ia bahan utama digunakan untuk membuat kuih, kek, biskut raya dan juadah berbuka.

"Namun FAMA difahamkan pihak pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

"Secara keseluruhan kita mempunyai banyak pilihan termasuk telur omega dan telur kampung yang mempunyai saiz membolehkan pengguna membuat pilihan," katanya kepada pemberita pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Ramadan Madani @ Pasar Tani di Merlimau di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA Rosilawati Abu Hassan dan Pengarah FAMA negeri Hairudin Yunos.

Abdul Rashid berkata FAMA juga akan memastikan bekalan telur di pasaran mencukupi dan menambah bekalan di mana-mana tempat sekiranya mendapat maklumat berlaku kekurangan seperti di negeri-negeri pantai timur.

"Apabila berlaku kekurangan telur kita akan berbincang dengan pembekal dan antara perbincangan itu kuota yang diberikan kepada FAMA untuk tingkatkan bekalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang mengalami kekurangan bekalan kerana tiada pengeluaran kilang yang besar," katanya.

Beliau berkata FAMA juga mengambil langkah proaktif dengan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan berbincang untuk memasarkan telur ayam ke seluruh negara dan sehingga 31 Mac, FAMA telah mengedarkan sebanyak 21.5 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara.

"Intervensi ini diteruskan sehingga Jun tahun ini, namun penilaian semasa akan dilakukan sama ada perlu diteruskan lagi sehingga hujung tahun dan buat masa ini FAMA memperoleh bekalan dari tujuh negeri pembekal utama komoditi itu Melaka, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata pencapaian nilai jualan JTDL pada tahun lepas mencatatkan RM16.37 juta dengan melibatkan 7,626 usahawan di 1,032 lokasi seluruh negara.

Katanya, pelaksanaan JTDL dilihat sebagai satu daripada program 'quick win' FAMA dalam membantu pengeluar memasarkan produk secara terus kepada pengguna dan secara langsung dapat mengurangkan kos hidup rakyat terutama dalam komoditi agromakanan melalui penjimatan harga ditawarkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar