web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Loji Rawatan Air Terbesar Pulau Pinang Buang Sisa Aluminium Ke Sungai?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 9:39AM

LRA Sungai Dua didakwa mengeluarkan air lumpur dipercayai bersama sisa aluminium, terus mengalir ke Sungai Perai, dengan anggaran jarak 1.6 kilometres (km).

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Loji Rawatan Air Sungai Dua yang memainkan peranan paling penting di Pulau Pinang didakwa membuang sisa rawatan air mengandungi unsur logam aluminimun ke dalam Sungai Perai.

Mendedahkan perkara itu, Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS) berkata, pihaknya menerima laporan bahawa loji rawatan air terbesar di Pulau Pinang itu beroperasi tanpa kolam takungan enap cemar.

Pengerusinya, Zikrullah Ismail berkata, ketiadaan kolam takungan berkenaan menyebabkan sisa buangan dibuang terus ke dalam sungai, sekali gus mencemarkan alam sekitar.

Menurut beliau, sisa aluminum dihasilkan daripada proses loji rawatan air adalah termasuk dalam kategori merbahaya yang juga dikenali sebagai Buangan Terjadual SW204 mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Tindakan ini adalah tidak selari dengan komitmen ISO 14001:2015 Environmental Policy yang diperolehi oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

“LEKAS menggesa tindakan segera kerajaan negeri untuk menyelaraskan semua agensi berkaitan, bagi memastikan pencemaran dapat diatasi segera demi kesejahteraan rakyat dan alam sekitar,” katanya.

Ketika tinjauan itu, wakil media turut dibawa melihat saliran air dari LRA Sungai Dua yang mengeluarkan air lumpur dipercayai bersama sisa aluminium, yang terus mengalir ke Sungai Perai, dengan anggaran jarak 1.6 kilometres (km).

Penduduk setempat juga mendakwa, enapan logam berat itu turut mengakibatkan kawasan sekitar kerap mengalami banjir kilat, selain ancaman kepupusan hasil laut seperti udang galah di lokasi terbabit.

Sementara itu, PBAPP dalam kenyataan balasnya menafikan dakwaan bahawa LRA Sungai Dua membuang sisa rawatan air mengandungi mendakan logam berat sehingga menjejaskan Sungai Perai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jaseni Maidinsa, berkata sisa rawatan air yang dibuang dari LRA Sungai Dua ke anak Sungai Perai adalah tidak berbahaya bagi manusia dan persekitaran akuatik.

Beliau berkata, kandungan utama sisa air adalah sisa aluminium yang terhasil dari penggunaan ‘aluminium sulfat’ atau ‘polyaluminium klorida‘ untuk proses pembekuan dalam rawatan air konvesional.

“LRA Sungai Dua bukan satu-satunya LRA di Malaysia yang membuang sisa air ke sungai. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menganggarkan LRA di Malaysia menghasilkan sebanyak 5,500 tan metrik sisa air setiap hari.

“Melalui hasil ujian serta penemuan dari kajian yang dilakukan terhadap sisa air di negara ini mendapati keputusannya adalah tidak berbahaya. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan dunia, dan fakta ini disokong oleh beberapa negara lain,” katanya.

Jaseni berkata, LRA Sungai Dua sudah beroperasi sejak 1973 dan sepanjang tempoh 48 tahun itu tiada insiden pencemaran air yang dilaporkan di Sungai Perai disebabkan oleh pembuangan sisa air.

Bagaimanapun, Jaseni berkata, PBAPP akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), SPAN dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam menangangi sisa air bagi memastikan kelestarian Sungai Perai. – Getaran, 7 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Dipercayai Pelancong India Ditemukan Dalam Sungai - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar, Pendekatan Baharu Pengurusan Lembangan Sungai Perlu Diwujudkan Segera - Sultan Nazrin

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar