web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


49 Kedai Makanan Tawar Menu Rahmah Non Halal Di Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 10:44AM

Salahuddin Ayub - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 49 buah kedai di Food Street Taman Johor Jaya, di sini, menjadi antara yang terawal menawarkan Menu Rahmah Non Halal, bagi komuniti bukan Islam di negeri itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata inisiatif bagi komuniti bukan Islam itu, dilaksanakan oleh Persatuan Peniaga Makanan dan Minuman Taman Johor Jaya.

“Inisiatif Menu Rahmah diperluaskan bagi makanan komuniti bukan beragama islam di Food Street Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

“Untuk makluman, terdapat 49 buah kedai yang terlibat dalam menawarkan Menu Rahmah Non Halal dengan antara menu ditawarkan seperti makanan laut, kepak ayam, mi sup, burger, lobak putih goreng, manisan dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menyeru agar lebih ramai lagi pemain industri, khususnya industri restoran dan makanan dapat bersama-sama berganding bahu menjayakan inisiatif Menu Rahmah itu, bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Beliau pada masa sama berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai lokasi premis menjual Menu Rahmah berdekatan, menerusi laman web https://menurahmah.kpdn.gov.my.

Peniaga juga katanya boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari laman web sama. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad