web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tradisi Kampung Paluan Rebana Kejut Sahur Dibawa Ke Taman Perumahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 10:37AM

Penduduk Taman Klebang Putra 1 berarak dengan melaungkan “bangun sahur” sambil diiringi paluan rebana diikuti selawat pada Program Kejut Sahur ‘Tradisi Kampung di Taman Klebang Putra 1 awal pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - “Bangun sahur, bangun sahur”.

Begitulah laungan yang kedengaran sambil diiringi paluan rebana diikuti selawat oleh sekumpulan penduduk sebagai tradisi kampung bagi mengejutkan umat Islam di sekitar kawasan Taman Klebang Putra 1 di sini untuk bangun sahur awal pagi tadi.

Program yang bermula kira-kira 3.30 pagi dan berlangsung selama 30 minit itu melibatkan lebih 50 individu termasuk kanak-kanak dengan berjalan lebih kurang tiga kilometer mengelilingi kawasan perumahan tersebut dalam usaha ‘menghidupkan’ tradisi kampung itu pada bulan Ramadan di kawasan bandar.

Pengerusi Kelab Rukun Tetangga (KRT) Klebang Putra 1, Dr Mohamad Azrul Azly, 36, berkata program tersebut yang julung kali diadakan di sini menjadi medium merapatkan jurang antara penduduk untuk membina perpaduan melibatkan masyarakat setempat.

“Kami (KRT) memikirkan kelainan untuk dilakukan pada bulan Ramadan dan program ini bertujuan menghidupkan tradisi untuk kita bawa kepada taman (kawasan perumahan) khususnya bandar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kejut Sahur Paluan Rebana anjuran KRT tersebut di sini awal pagi tadi.

Menurut Mohamad Azrul, pihaknya mempertimbangkan untuk mengadakan program itu secara berkala pada bulan Ramadan, selain cuba mengaktifkan kelab rebana bagi menarik lebih ramai penyertaan pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Rebana Klebang Putra Mohd Rizal Mohd Rajab, 48, berkata sesiapa sahaja boleh menggunakan khidmat kelab berkenaan bagi majlis tertentu.

“Sebelum ini kelab rebana ini biasa buat (aktif) di kampung-kampung, taman belum lagi, tetapi acara kali ini dari kampung ke taman. Daripada situ, tercetus idea untuk kejut sahur dengan paluan rebana ini ke taman,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk Muhammad Adam Chua Abdullah, 54, berkata program pada hari ini merupakan acara pertama yang disertainya sejak memeluk agama Islam selama lebih 10 tahun.

Muhammad Adam Chua berkata program tersebut merupakan acara yang unik selain dapat mengenali lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan.

“Ahli keluarga, budak-budak pun boleh sertai. Ini pengalaman baharu untuk saya dan saya rasa perlu sebagai masyarakat setempat menyertai aktiviti sebegini sebab selalunya sahur dengan ahli keluarga sahaja,” katanya.

Selain itu, penduduk Muhammad Danish Muqri Mohd Tajudin, 19, berkata kemeriahan terasa pada program tersebut kerana mendapat penyertaan daripada penduduk setempat.

“Apabila sertai macam ini bagi yang tidak dapat merasa aktiviti di kampung, kini kita rasa sendiri bagaimana tradisi kejut sahur pagi di kampung. Sebelum ini ada baca (paluan rebana kejut sahur) tetapi tidak pernah ikut serta,” katanya yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Tapah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Kejut, Satu Kampung 'Confirm' Bangun!

2

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Tradisi Kejut Sahur Unik Di Flat Taman Setia Balakong

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Penganjur Kejut Sahur Dikompaun RM20,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad