web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Perlu Buktikan Kesungguhan Perbetul Sistem Keadilan Negara - Puad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 8:02AM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta membuktikan kesungguhan untuk memperbetulkan sistem keadilan negara.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Perdana Menteri perlu memastikan tidak wujud sebarang campur tangan politik dalam mana-mana kes yang sedang diadili di mahkamah.

Menurut beliau, momokan ‘tiada campur tangan politik’ itu bagaimanapun diharapkan tidak dieksploitasi pihak tertentu untuk bersikap bisu dan pekak kepada perbicaraan yang adil.

“Kita tidak mahu mahkamah terlalu kebal tanpa batas akibat momokan itu. 

“Mesti ada pengimbang, (malah) hujah Hakim Besar Sabah, Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang memihak kepada Najib amat mengejutkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mahkamah Persekutuan pada Khamis telah menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. - Gambar oleh Azim Rahman
Mahkamah Persekutuan pada Khamis telah menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. - Gambar oleh Azim Rahman

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan majoriti 4-1 Mahkamah Persekutuan, dua hari lalu yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan tersebut dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Tiga hakim lain yang turut senada ialah Datuk Rhodzariah Bujang; Hakim Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Sementara itu, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mengetuai panel hakim mendengar semakan berkenaan kes bagaimanapun berpendapat, Najib tidak mendapat pengadilan sewajarnya dalam prosiding terdahulu.

Abdul Rahman ialah satu-satunya hakim yang menentang keputusan menolak permohonan Najib itu.

Dapam penghakimannya, Abdul Rahman berkata,  bekas Ahli Parlimen Pekan itu wajar dibebaskan kerana beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Tegas beliau, panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menyalahguna kuasa dengan memaksa peguam mewakili Najib untuk meneruskan prosiding walaupun peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik menarik diri.

Mengulas penghakiman Abdul Rahman, Puad berkata, kerajaan perlu tampil dan menjelaskan kepada rakyat kesahihan laporan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Apakah laporan kertas siasatan SPRM terhadap Hakim (Mohd) Nazlan adalah tulen (dan) bukan palsu? Kalau tulen apa kerajaan mesti buat? Ini bukan campur tangan politik.

“Jangan membisu seperti membisunya Ketua Hakim Negara. Jangan dikompromi kerana naratif ‘tidak ada campur tangan politik dalam mahkamah’. Mesti ada pengimbang lain,” tegasnya. - Getaran, 2  April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan