web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Isteri Maut, Anak Cedera Kemalangan Di Baling

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 2:19PM

Van jenis Nissan yang dinaiki tiga beranak itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok jambatan di bahagian kiri jalan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pasangan suami isteri maut manakala anak lelaki mereka yang berusia dua tahun cedera selepas van yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 41.02 Jalan Baru Kulim-Baling, dekat Baling, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, Saiful Azmi Mohd Razali, 35, maut di tempat kejadian manakala isterinya Sailulhayati Mat Isa, 36, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kulim.

Katanya, anak pasangan itu, Amar Rizqi yang duduk di bahagian belakang penumpang mengalami kecederaan di kepala serta kulit tangan kirinya terbakar telah dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati van jenis Nissan yang dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan dari arah Baling menghala ke Kulim sebelum dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok jambatan di bahagian kiri jalan.

“Perlanggaran itu telah menyebabkan van berpusing dan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu dipandu seorang guru lelaki yang berada di belakang van tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian depan van berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shamsudin berkata kemalangan itu menyebabkan pasangan suami isteri berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan parah manakala pemandu pacuan empat roda yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Kulim.

“Mayat pasangan suami isteri yang berada di Unit Forensik Hospital Kulim akan menjalani proses bedah siasat pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi