web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan untuk menetapkan garis masa dengan sasaran yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan isu doktor kontrak dalam tempoh tiga tahun.

Presidennya, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, ia memerlukan sedikit keyakinan untuk doktor kontrak mempercayai mereka boleh diserap ke dalam sistem perjawatan tetap.

“MMA ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmennya untuk menyelesaikan isu doktor kontrak dalam tempoh tiga tahun.

“Namun, kerajaan harus menetapkan garis masa dengan sasaran untuk mencapainya bagi doktor yang terkesan,” katanya dalam kenyataan kepada Getaran.

Beliau bagaimanapun menjangkakan lebih banyak peletakan jawatan kerana sesetengah doktor kontrak mungkin tidak sanggup menunggu sehingga tiga tahun lagi.

Dr Muruga Raj Rajathurai
Dr Muruga Raj Rajathurai

Pada Rabu lalu, Anwar berkata masalah berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama, justeru kerajaan sedia ada tidak boleh dibebankan untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023, iaitu RM36.3 bilion, termasuk peruntukan RM3 bilion setahun untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak, bagi lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

“Kalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 bilion setahun. Maka, tidak mungkin.

“Sebab itu, saya bagi jaminan, tahun ini 1,500 (lantikan). Tahun depan atau berikutnya, katakan dalam tempoh tiga tahun, kita boleh selesaikan masalah ini.

“Masalah tertangguh lama. Jadi, tidak boleh bebankan kita dalam satu tahun untuk selesaikan semua. RM3 bilion itu bukan jumlah yang kecil,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Muruga Raj berkata, pengumuman Anwar bukan perkara baharu kerana mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pernah menjanjikan jumlah sama bagi lantikan tetap doktor kontrak.

“Bagi 1,500 jawatan tetap yang akan diberikan pada tahun ini, ia tidak berbeza dengan 1,500 jawatan tetap yang dijanjikan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini bagi setiap tahun.

“Ia perlu sekurang-kurangnya dua kali ganda kerana kira-kira 3,000 graduan perubatan akan menyertai sistem itu setiap tahun,” katanya.

Pada masa sama, Dr Muruga Raj turut menggesa kerajaan untuk menyelesaikan isu lain yang menimbulkan kekecewaan dalam kalangan kakitangan penjagaan kesihatan awam yang perlu diberikan tumpuan untuk diselesaikan sekarang.

Katanya, sesetengah isu tidak memerlukan komitmen kewangan yang munasabah untuk diselesaikan seperti memastikan lebih banyak waktu bekerja untuk keseimbangan kehidupan, ketelusan dalam pemilihan kriteria perjawatan tetap dan memastikan laluan kerjaya yang betul.

“Persekitaran kerja juga boleh diperbaiki dengan menghapuskan buli. Kami sudah mencadangkan agar ketua jabatan di kemudahan penjagaan kesihatan awam bertanggungjawab terhadap sebarang isu buli di jabatan mereka.

“Ini antara langkah yang dicadangkan oleh MMA yang boleh dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, MMA memahami perjawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan, tetapi buat masa ini kerajaan boleh meneruskan dengan langkah yang lebih mudah dicapai.

“Semua isu dan penyelesaian sudah dibangkitkan semasa sesi ‘townhall’ bersama Menteri Kesihatan dan kami menunggu maklum balas kementerian.

“Kami berharap Perdana Menteri diberi taklimat mengenai isu dan banyak penyelesaian yang dicadangkan oleh MMA semasa sesi tersebut dengan KKM,” katanya.

Ujarnya lagi, MMA turut sudah menulis surat kepada pejabat Perdana Menteri untuk bertemu dengan Anwar dan memberi taklimat langsung kepadanya mengenai isu tersebut tetapi dirujuk kepada Menteri Kesihatan.

“Kami menghargai pertemuan dengan Menteri Kesihatan beberapa kali, tetapi penting bagi Perdana Menteri sebagai pemimpin negara dimaklumkan tentang isu dalam sistem penjagaan kesihatan awam kita.

“Beliau juga perlu tahu kesannya terhadap penyampaian penjagaan kesihatan kepada rakyat. Masalah yang kami hadapi ini adalah sistemik dan berpunca daripada dasar yang gagal pada masa lalu,” katanya. - Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penggantian Segera Untuk Kekosongan Jawatan Doktor Kontrak

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bantu Doktor Kontrak Buka Klinik: ‘Tawaran MARA Menarik Tapi Berisiko Muflis’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lebih Banyak Pertemuan KKM, Hartal Doktor Kontrak

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Perlu Pelan Unjuran 5 Hingga 10 Tahun Selesai Isu Petugas Kesihatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini