web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 7:00AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya sudah menerima jaminan dan kerjasama daripada Pharmaniaga Berhad bahawa rantaian bekalan ubat dan bukan ubat di negara ini tidak akan terjejas.

Katanya, Pharmaniaga turut memberikan komitmen bahawa subsidiarinya, iaitu Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) selaku syarikat konsensi yang dilantik kerajaan untuk membekalkan lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat, terus kukuh serta berdaya saing.

Malah, ujarnya, Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI) dan Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) juga akan memberikan kerjasama penuh bagi memastikan rantaian bekalan ubat serta bukan ubat tidak terjejas.

“Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu dibangkitkan menerusi media elektronik dan media cetak berhubung status PN17 Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) yang dikhuatiri memberi kesan ke atas pembekalan ubat dan bukan ubat.

“Ia juga dikhuatiri memberi kesan terhadap keupayaan Pharmaniaga untuk melunaskan bayaran kepada syarikat farmaseutikal dan syarikat peranti perubatan yang bernaung di bawahnya,” katanya menerusi Facebook.

Dr Zaliha berkata, sehubungan situasi itu, KKM mengaturkan satu sesi perjumpaan semalam di antara wakil syarikat Pharmaniaga bersama pihak MOPI dan PhAMA.

Perjumpaan itu, katanya, adalah untuk memberi peluang kepada Pharmaniaga memberikan pencerahan mengenai kedudukan semasa syarikat.

Menurutnya, ia juga bagi membolehkan syarikat terbabit memberi penjelasan berhubung perancangan dalam memastikan pembekalan ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti KKM tidak terganggu.

“Ini termasuklah dakwaan bahawa Pharmaniaga sudah menangguhkan pembayaran kepada syarikat farmaseutikal dan syarikat peranti perubatan (prinsipal) yang terlibat dalam mengeluarkan ubat-ubatan serta peralatan perubatan.

“KKM akan terus bekerjasama dengan semua pihak, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat berada di tahap optimum ke arah menjamin kehidupan sejahtera masyarakat Malaysia MADANI,” katanya. - Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar