Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Demam Denggi Melonjak Lebih 200 Peratus

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 6:32PM

Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi telah diaktifkan semula dan satu mesyuarat diadakan dengan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Mac lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan kumulatif kes demam denggi sebanyak 222.8 peratus atau 18,098 sejak awal tahun ini sehingga 25 Mac lalu, iaitu daripada 8,124 kes dicatatkan bagi tempoh sama pada 2022 kepada 26,222 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 17 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam tempoh itu pada tahun ini, berbanding empat kematian sebelumnya, dengan peningkatan 13 kematian.

“Pada Minggu Epidemiologi ke-12 bagi 2023, jumlah kes demam denggi dilaporkan adalah 2,469 kes, berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 318 kes (14.8%).

“Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-12 tahun 2023,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

 Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau berkata, sebanyak 81 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini, berbanding 91 lokaliti hotspot minggu sebelumnya.

Menurutnya, ia membabitkan 52 lokaliti hotspot di Selangor, manakala di Pulau Pinang (15), Sabah (6), Kuala Lumpur dan Putrajaya (4), Perak (3) dan Kedah (1).

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, survelan Chikungunya merekodkan satu kes pada minggu ke-12.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 107 kes.

“Bagi survelan Zika, sebanyak 600 sampel darah serta empat sampel urin sudah dijalankan saringan Zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, susulan peningkatan kes penyakit berkenaan di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi sudah diaktifkan semula dan satu mesyuarat diadakan dengan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Mac lalu.

“Jawatankuasa ini melibatkan 12 kementerian, semua pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri, selain Jabatan Wilayah Persekutuan dalam penentuan dasar serta strategi pencegahan dan kawalan denggi di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap lapisan masyarakat perlu mengambil tanggungjawab dan bertindak secara proaktif, dalam membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang meningkat ketika ini.

Ujarnya, pemimpin setempat, Jawatankuasa Penduduk, Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Board - JMB), ahli rukun tetangga atau pihak berwajib juga diminta menggerakkan komuniti untuk melakukan aktiviti ‘Cari dan Musnah’ pembiakan nyamuk Aedes secara berjadual.

Manakala, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta, turut digalakkan untuk menyokong inisiatif kawalan serta pencegahan secara berjadual.

“Lakukan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan persekitaran premis dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Tiada Aedes, tiada Denggi, Chikungunya dan Zika,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2023
 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 11 minit yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar