web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ab Rauf Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 4:38PM

Ab Rauf Yusoh - Tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-13.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri di sini, pada pukul 3.33 petang secara tertutup.

Hadir sama, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, barisan ADUN dan ahli Parlimen serta ketua-ketua jabatan.

Majlis angkat sumpah berkenaan diadakan selepas ADUN Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang dilantik kali kedua sebagai Ketua Menteri Melaka pada 21 Nov 2021, melepaskan jawatannya.

Sulaiman sebelum itu dilantik sebagai Ketua Menteri buat kali pertama pada 9 Mac 2020.

Ab Rauf, 62, merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sejak 2018 serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diadakan Nov 2021, Ab Rauf yang pertama kali bertanding, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara selepas memperoleh 3,559 undi dalam saingan tiga penjuru.

Anak jati kelahiran Masjid Tanah itu menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang memperoleh 3,195 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan (489 undi).

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri di bawah pentadbiran Sulaiman.

PRN Melaka itu diadakan berikutan empat ADUN kerajaan negeri diketuai bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sebelum itu menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Dalam pilihan raya itu, Barisan Nasional (BN) menang besar selepas memperoleh 21 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Ab Rauf sebelum itu dilantik sebagai Speaker DUN Melaka pada 11 Mei 2020 ketika pertukaran kerajaan pada Mac 2020.

Sementara itu, pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian pada 18 Mac lepas, Ab Rauf menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah dan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 22 Mac lepas.

Ab Rauf mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram sebelum menyambung pendidikan di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. 

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Datin Seri Zuriyah Aziz. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Sungai Melaka Fasa Dua Sebagai Kawasan Aktiviti, Latihan Sukan Air

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Melaka Umum 4 Inisiatif Pakej Bantuan Rahmah Dan Prihatin Rakyat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ab Rauf Harap 2 ADUN PN Sertai Kerajaan Perpaduan Di Melaka

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad