web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketua Menteri Melaka Baharu Angkat Sumpah Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 7:05AM

Kerusi itu dijangka menjadi milik Ab Rauf Yusuh susulan Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah mengutuskan warkah nama pemimpin terbabit kepada Mohd Ali sebagai calonnya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kemelut kedudukan Ketua Menteri Melaka yang tercetus selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Ali melepaskan kerusi itu, akan selesai apabila pemimpin baharu mengangkat sumpah jawatan berkenaan hari ini.

Pemimpin bakal dilantik itu dijadualkan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh pada jam 3 petang.

Selepas istiadat terbabit, Ketua Menteri baharu akan menghadiri Majlis Serah Tugas bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir di situ sejam kemudian.

Kerusi itu dijangka menjadi milik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusuh, susulan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah mengutuskan warkah nama pemimpin terbabit kepada Mohd Ali sebagai calonnya.

Ahmad Zahid menjangkakan Melaka bakal mempunyai barisan EXCO kerajaan negeri baharu, selepas penubuhan Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.

Malah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilaporkan berkata, pelantikan EXCO baharu akan diselesaikan menerusi semangat perpaduan.

Kelmarin, Ahmad Zahid mengesahkan Sulaiman menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai pemimpin nombor satu kerajaan negeri Melaka.

Menurutnya, keputusan itu dibuat Sulaiman kerana masalah kesihatan dialami.

Di sebalik keputusan itu, terdapat dakwaan bahawa pengunduran Sulaiman disebabkan wujud desakan daripada segelintir pihak, khususnya selepas berakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka awal tahun lalu atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, Sulaiman ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Ramadan di Parlimen Masjid Tanah semalam menegaskan, keputusan beliau itu adalah atas kemahuan sendiri, bukan desakan atau paksaan daripada mana-mana pihak.

Tegasnya, langkah diambil itu hanya mengikut desakan hati yang selama ini ‘meronta’ supaya jawatan digalas terbabit dapat diserahkan segera kepada individu lebih berkemampuan.

“Keputusan itu sudah lama dibuat kerana desakan hati, selain pernah beberapa kali menyatakan ingin memikul tanggungjawab berkenaan hanya sepenggal.

“Apa nak komen lagi, kenyataan sudah dikeluarkan kerajaan negeri dan Presiden UMNO. Apa yang mereka cakap itulah dia.

“Ini desakan hati saya dan datangnya daripada naluri. Sudah penatlah, berilah orang lain peluang pula, itu saja,” katanya.

Di sebalik situasi itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis dilaporkan mendakwa, negeri berkenaan bakal mempunyai Ketua Menteri ‘pintu belakang’.

“Apa yang tuan-tuan akan saksikan dalam beberapa hari berikutnya ialah Ketua Menteri tebuk atap atau Ketua Menteri pintu belakang.

“Ini spesis baharu kelahiran UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya. – Getaran, 31 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad