web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


58 Kes, 18 Kematian Akibat Keracunan Ikan Buntal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 9:02PM

Seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lalu, manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Insiden seorang warga emas maut selepas menikmati hidangan ikan buntal baru-baru ini, bukan kes pertama seumpamanya apabila Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 18 kes sama akibat keracunan makanan itu.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM turut menerima 58 kes membabitkan keracunan ikan buntal sejak 1985 hingga bulan ini.

Menurut beliau, larangan penjualan ikan buntal sudah ditetapkan dengan jelas di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1972.

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 turut menerangkan dengan jelas mengenai  larangan penjualan makanan yang mengandungi atau di atasnya bahan beracun, berbahaya atau sebaliknya memudaratkan kesihatan.

“Oleh itu, ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD) KKM sudah menghasilkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.

Malah, KKM akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.

“Tinjauan yang dijalankan oleh FSQD KKM pada 2019 menunjukkan 86 peratus responden yang terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bahaya pengambilan ikan buntal,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lalu, manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, wanita berusia 83 tahun itu mula menunjukkan gejala sesak nafas dan menggigil.

Keadaan itu, katanya, turut dialami suaminya satu jam kemudian dengan gejala sama kira-kira jam 3 petang, selepas memakan ikan terbabit pada waktu tengah hari. 

Susulan itu, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal yang tidak diketahui jenisnya, kerana semua spesis itu mengandungi toksin dan boleh menyebabkan keracunan jika dimakan secara tidak betul.

Ujarnya, orang ramai juga harus memastikan pengendali atau penjual ikan buntal untuk tujuan dimakan, mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam.

“Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksin seperti hati, kulit, usus dan ovarium. Bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak.

“Ini kerana toksinnya yang dikenali sebagai tetrodotoxin tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu tinggi,” katanya.

Beliau berkata, peniaga pula perlu berwaspada dengan makanan dijual, termasuk ikan kerana Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan Peraturan:Bahagian III Kesalahan dan Keterangan-Seksyen 13 (1) a menetapkan bahawa adalah satu kesalahan jika mana-mana individu menyediakan atau menjual apa-apa makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan.

“Apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua duanya,” katanya.

Adnan memberitahu, terdapat beberapa jenis ikan buntal atau puffer fish (Lagocephalus sp) di Malaysia yang mengandungi toksin saraf (neurotoksin), tetapi mudah didapati.

Berdasarkan statistik Jabatan Perikanan katanya, jumlah pendaratan ikan buntal di Malaysia pada tahun 2020 adalah sekitar 1,337 tan, dengan pendaratan tertinggi di Perak (804 tan), diikuti Sarawak (228 tan) dan Sabah (192 tan).

Jelasnya, ikan buntal yang biasa ditangkap adalah dari spesies Lagocephalus iaitu ikan buntal pisang, antaranya ikan buntal pisang emas (Lagocephalus wheeleri), buntal pisang muda (Lagocephalus spadiceus), buntal pisang kasar (Lagocephalus lunaris), dengan ketiga-tiga spesies itu secara luaran kelihatan hampir sama.

“Segera dapatkan rawatan dari pusat perubatan jika mengalami gejala keracunan dalam tempoh 30 minit hingga 2 jam selepas memakan ikan buntal, seperti mual, muntah atau lemah otot.

“Racun tetrodotoxin ini boleh menyerang saraf dan membawa kepada kematian jika dimakan,” katanya. – Getaran, 30 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar