Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perbincangan Peringkat Tertinggi Harus Libatkan Persaingan Teknologi Sebagai Agenda Utama - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 2:10PM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Twitter @anwaribrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HAINAN (China) - Persaingan teknologi seharusnya menjadi antara agenda utama untuk perbincangan di peringkat tertinggi, setanding dengan wacana mengenai hal-hal keselamatan dan ekonomi am, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata dengan perlumbaan semasa yang tertumpu pada teknologi canggih seperti ditunjukkan dalam persaingan dalam industri semikonduktor, pesaing yang akan mendahului dalam hal ini boleh menjadi sama ada produktif atau destruktif.

“Justeru, izinkan saya mengulangi bahawa persaingan yang tiada halangan mesti memberi laluan kepada kerjasama yang penuh semangat,” katanya dalam sesi pleno di Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) di sini hari ini.

Beliau berkata dalam memperakui keperluan setiap negara untuk melindungi hak harta inteleknya dan cuba untuk terus mendahului persaingan, penghadang tertentu perlu diwujudkan supaya persaingan tidak membawa kepada perpecahan dalam dunia teknologi yang hanya akan meningkatkan kos dan menghalang kemajuan.

Anwar berkata Malaysia telah memperkenalkan konsep Malaysia MADANI sebagai satu ekspresi hasrat untuk menempa laluan negara berdasarkan acuan sendiri kerana ia mewujudkan sebuah negara insani selaras dengan nilai ketamadunannya.

Anwar menegaskan persaingan yang tiada halangan mesti memberi laluan kepada kerjasama yang penuh semangat, katanya dalam sesi pleno di Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) di China, hari ini.
Anwar menegaskan persaingan yang tiada halangan mesti memberi laluan kepada kerjasama yang penuh semangat, katanya dalam sesi pleno di Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) di China, hari ini.

“Dalam pengertian ini, ia juga falsafah negara kita yang berpaksikan enam nilai teras: kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah dan belas kasihan,” katanya.

Daripada falsafah inilah, Anwar berkongsi pemikirannya tentang cara mencapai perpaduan dan kerjasama untuk pembangunan di tengah-tengah cabaran.

Beliau berkata dunia harus memberi tumpuan kepada nilai-nilai yang menyatukan rakyat sebagai keluarga insani dan bukannya nilai-nilai yang memecahbelahkan.

“Etika, keikhlasan dan integriti dalam berurusan dengan rakan kongsi dalam situasi dua hala dan pelbagai hala harus diutamakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata konsep akauntabiliti demokrasi juga harus diutamakan dan bukannya sekadar melontarkan slogan atau istilah “demokrasi” yang telah digunakan sebagai cara mengkategorikan negara-negara mengikut standard yang agak sembarangan.

“Pada fikiran saya, ‘akauntabiliti demokratik’ menyarankan pemimpin bertanggungjawab kepada semua lapisan rakyat, menyediakan taraf hidup yang lebih baik, ketelusan dalam proses membuat keputusan dan amalan menyeluruh tadbir urus yang baik dan berkesan,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata rakyat biasa dengan bebanan terpaksa menyediakan makanan dan ketidaktentuan ketara dan mendesak yang dihadapi juga tidak boleh dilupakan.

Beliau berkata gaji/upah masih kekal sebagai satu bentuk pendapatan utama bagi majoriti penduduk dunia tetapi menurut Laporan Gaji Global Pertubuhan Buruh Antarabangsa 2022-2023, gaji/upah dan kuasa beli isi rumah telah "merosot dengan ketara" disebabkan oleh COVID-19 dan inflasi global. .

Anwar berkata dalam ketiadaan tindak balas dasar yang mencukupi, masa depan terdekat akan menyaksikan kejatuhan mendadak dalam pendapatan benar dan peningkatan ketidaksamaan yang boleh mencetuskan lagi kekacauan sosial.

“Sehubungan itu, kita harus bekerjasama rapat dalam semangat kerjasama dan perpaduan, berusaha ke arah mengurangkan ketidaksamaan, menggalakkan keadilan sosial dan meningkatkan taraf hidup untuk semua.

“Sebagai penutup, sekiranya kita terus bekerjasama, bercakap dalam suara yang bersatu dan bertukar-tukar idea mengenai strategi dan amalan dasar terbaik, kita boleh berusaha ke arah Asia yang lebih kukuh dan berdaya tahan,” tambahnya.

Forum Boao bagi Asia ialah organisasi bukan kerajaan dan bukan untung antarabangsa yang dimulakan oleh 29 negara anggota dan Boao ialah venue tetap untuk persidangan tahunan itu.

Penyertaan Anwar dalam BFA 2023 juga bertepatan dengan ulang tahun ke-10 peningkatan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China sejak 2013.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Boao Golden Coast.

Anwar akan berlepas dari Hainan ke Beijing pada tengah hari untuk meneruskan lawatan rasminya dan dijadualkan bertemu Presiden China Xi Jinping. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 6 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri